Bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji iaitu Mohd Redzuan Zainol tampil memohon maaf secara terbuka kerana melibatkan isu perkauman terhadap individu yang menegur kesihatan anaknya.
Artikel Berkaitan: Digelar Warga Asing, Jurulatih ‘Fitness’ Selar Bapa Abang Aji – ‘Tak Boleh Terima Teguran Terpulang’
Artikel Berkaitan: Bapa Abang Aji Perjelas Video Makan Hanya Konten & Pemakanan Dipantau – ‘Badannya Begitu Sebab Minum Susu’
Minta maaf

Menerusi muat naik di TikTok, Mohd Redzuan menjelaskan dia memanggil individu itu gelaran ‘warga asing’ kerana tidak mengetahui nama sebenarnya.
Disebabkan itu, dia memohon maaf terhadap kekhilafannya kerana tidak menyangka perkataan ‘warga asing’ itu boleh menyinggung perasaan ramai pihak.
Sebenarnya saya tidak mengenali individu yang menasihati Abang Aji. Saya tidak tahu dia berasal dari negara mana sebab itu saya sebut ‘warga asing’.
Dengan ini saya mahu memohon maaf atas kesilapan sebutan saya dan saya tidak tahu sebutan ‘warga asing’ itu salah.
Saya ramai kawan ‘warga asing’ dan pekerja saya pun dulu ada ‘warga asing’ lebih kurang lima hingga enam orang.
Isu tidak dipanjangkan

Dalam pada itu, Mohd Redzuan turut berharap perkara itu tidak berlarutan menjadi lebih teruk kerana permohonan maaf terhadap individu terbabit telah dilakukan.
Saya terima nasihat semua termasuk daripada negara jiran.
Saya rasa berdosa kerana telah mengguris hati seseorang. Terima kasih atas teguran yang diberikan.
Saya harap isu ini tidak berpanjangan kerana saya telah merendah diri memohon maaf.
Terdahulu, jurulatih kecergasan, Tareq Fit menerusi sebuah video menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan badan Abang Aji yang mempunyai berat berlebihan di usia yang sangat muda.
Mohd Redzuan kemudian tampil memberikan respon dengan menjelaskan bahawa setiap video yang dihasilkan hanyalah untuk konten semata-mata dan dia juga memantau pemakanan anaknya itu.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Bapa Abang Aji Mohon Maaf Gelar Individu ‘Warga Asing’ – ‘Saya Tidak Tahu Dia Berasal Dari Negara Mana’ first appeared on OHBULAN!.





