Penyanyi, Aziz Harun menyifatkan kemunculan penyanyi Gen Z sebagai satu perkembangan positif yang menyegarkan industri muzik tempatan.
Artikel Berkaitan: Aziz Harun ‘Move For Good’, Dah Dua Tahun Pindah Malaysia – ‘Kalau Di Sini Lebih Mudah Nak Bekerja’
Artikel Berkaitan: Aziz Harun Sekali Lagi Jadi Mangsa Berita Palsu, Nafi Dipenjara – ‘Selamatkan Ibu Ayah Saya Daripada Ketakutan’
Sangat menyegarkan

Ketika ditemui , pemilik nama Abdul Aziz Harun berkata, perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) membuka ruang kepada orang ramai untuk berkarya dengan lebih kreatif.
Menurutnya, dia turut tertarik dengan cara penyanyi generasi baharu menggabungkan elemen muzik era 1980-an dan 1990-an dengan sentuhan moden.
Saya rasa sangat menyegarkan. Setiap minggu dan setiap bulan kita dapat mendengar bunyi muzik baharu di TikTok, kadangkala menggunakan AI dan kadangkala tidak.
Memang menyegarkan untuk melihat begitu banyak bakat yang ada di Malaysia sekarang, lebih-lebih lagi dengan adanya AI yang membolehkan orang ramai menjadi lebih kreatif dan mengeluarkan idea yang mungkin tidak pernah terfikir sebelum ini.
Lagu Luqman Podolski, Umai dan Umar Hayqat, ini antara lagu kegemaran saya daripada penyanyi Gen Z.
Walaupun lagu mereka mempunyai bunyi muzik era 90-an atau 80-an, contohnya seperti bunyi yang klasik, mereka tetap membawakan versi 2026 menerusi pemilihan bunyi muzik masing-masing.
Aziz berkata demikan ketika ditemui dalam acara Mini Creators Fiesta ABPBH 38 di Ombak KLCC, pada Sabtu.
Dalam pada itu, pelantun lagu Telepathy turut menyifatkan persaingan bersama penyanyi Gen Z sebagai dorongan untuk meneroka idea muzik baharu yang lebih menarik perhatian.
Saya rasa persaingan itu sangat kompetitif dan turut mendorong saya untuk berfikir, mungkin ada sesuatu yang menarik yang boleh saya hasilkan juga.
Konsep mereka sangat menarik apabila mengambil lagu dengan tema 90-an dan menggabungkannya dengan elemen lain.
Mungkin saya akan melakukan perkara yang sama juga, tetapi saya tidak pasti. Saya cuma suka melihat perkembangan ini dalam industri muzik.
Sekadar info, Aziz Harun tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 38 menerusi kategori Lagu Paling Boom Popular dengan lagu Telepathy.
Undian dibuka bermula 16 November hingga 6 Disember 2026 menerusi laman rasmi ABPBH, manakala malam kemuncak anugerah itu bakal berlangsung pada 12 Disember 2026.
The post [VIDEO] Aziz Harun Anggap Penyanyi Gen Z Segarkan Industri Muzik – ‘Ramai Boleh Jadi Lebih Kreatif’ first appeared on OHBULAN!.





