26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Satu Malaysia Tahu Cerita Celah Kain, Malu Oi!’- Nadia Annuar Tegur Pasangan Cerai Jangan Jaja Aib Di Media Sosial

    Shopee Sale

    Pengacara Nadia Annuar menasihatkan pasangan yang sedang di fasa berpisah agar menjaga lisan dan tidak menjadikan urusan perceraian sebagai bahan sensasi di media sisial.

    Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Adik? Malu Sangat Ke Jadi Janda?’ – Nadia Annuar ‘Sekolahkan’ Netizen

    Jangan jaja kisah ‘dalam kain’

    Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, pemilik nama penuh Nadia Shahrul Annuar ini tampil memberikan teguran terbuka berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri yang pernah melalui kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali.

    Tegas Nadia, tindakan menuding jari atau menyalahkan pasangan ketika proses perceraian hanya akan memberi impak negatif kepada emosi dan masa depan anak-anak.

    Nasihat kakak yang dah pernah bercerai dua kali ni, tak payahlah jaja sangat cerita kenapa nak cerai, siapa baik siapa buruk.

    Nak cerai je kan? Bukan jutawan nak berebut harta pun kena bukti siapa yang salah kan?

    Nadia berpendapat bahawa pendedahan kisah peribadi ibu bapa secara terbuka boleh memberi kesan negatif terhadap maruah dan emosi anak-anak.

    Ada anak-anak, kita fikir nanti masa depan anak dah besar, malu oi. Satu Malaysia tahu cerita celah kain mak pak dia masa cerai. Malu dik oi.

    Sumber: Threads Nadia Annuar

    MENARIK:  Lelaki 19 Tahun Cabul Pelajar Dalam Tandas Sekolah..Rupanya Dari Tahun Lepas Buat ‘Projek’

    The post ‘Satu Malaysia Tahu Cerita Celah Kain, Malu Oi!’- Nadia Annuar Tegur Pasangan Cerai Jangan Jaja Aib Di Media Sosial first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah