Pelakon Azar Azmi mendedahkan keperitan yang dialaminya sejurus selepas dibebaskan oleh pihak polis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cemburu Tengok Pasangan Lain..Saya Lebih Kepada Menjaga Anak, Sebab Itu Saya Bertahan’ – Azar Azmi
Artikel Berkaitan: Janna Nick Bimbang Dengan Keadaan Rakan Artis Terlibat Scam – ‘Harap Ada Yang Boleh Selamatkan Dia’
Kesusahan Azar Azmi
Menerusi temu bual program Nona, pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi, 37, tidak dapat menahan air mata ketika menceritakan tentang masalah kewangan yang dihadapinya.
Benda ini siapa pun tak pernah tahu dan saya tak pernah dedahkan.
Momen ketika saya diambil..habis, saya tak ada apa-apa langsung.
Saya dibebaskan, keluar dari situ..dunia akhirat saya cuma ada RM28 je.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Nur 2 tersebut turut gusar memikirkan tentang pandangan dan cacian orang ramai terhadapnya.
Ketika saya nak melangkah keluar, saya jadi takut nak jumpa orang. Pandangan, tomahan dan makian orang.
Bagaimanapun Azar tetap bersyukur kerana ahli keluarga saling memberikan bantuan di saat dirinya ditimpa ujian yang amat berat.
Saya tiada apa-apa. Apa yang ada di badan, tudung kakak saya punya, baju arwah mak dan kasut pun kakak punya.
Saya beruntung sebab ada kakak dan adik-adik yang membantu. Kalau tak, saya rasa tak tahu apa yang akan jadi dalam hidup saya.
Nama Azar itu menjadi perhatian ramai selepas dia dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, direman dan didakwa di mahkamah atas penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran.
Namun, Azar telah dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan untuk kedua-dua kes tersebut.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Azar Azmi Kongsi Detik Sukar Selepas Dibebaskan – ‘Keluar Dari Situ, Saya Ada RM28 Saja’ first appeared on OHBULAN!.





