Usahawan Anes Ayunie berdepan dengan kejadian aneh apabila menerima makanan meskipun tidak membelinya di aplikasi penghantaran makanan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayunie Berang Dituduh Jual D*dah, Dedah Raih RM40 Juta Jual Vitamilk – ‘Saya Tidak Akan Berdiam Diri’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Manusia Biasa, Tak Lari Dari Dosa & Kesilapan’ – Ayunie
Perkongsian Ayunie
Menerusi perkongsian di TikTok, kelihatan seorang penghantar makanan berada di hadapan pintu kediaman Ayunie dan memegang bungkusan.
Difahamkan pesanan tersebut dibuat atas nama pembantu rumah Ayunie namun wanita tersebut menafikannya.
Hari ini tiga kali Grab masuk hantar makanan atas nama bibik tapi dia tak mengaku dia buat pesanan.
Tapi dekat aplikasi rider ini dia (bibik) siap mesej, tapi bila rider ni telefon tak masuk pula dekat telefon bimbit bibik.
Betul-betul pelik sebab rasa nak mengamuk dekat bibik, tapi dia kata dia tak buat.
Sebenarnya sudah sebulan ada kejadian pelik ini tapi semua tentang makanan. Ada benda ghaib suka makan ke?
Ayunie kemudian meminta suaminya untuk memeriksa telefon bimbit milik pembantu rumah mereka untuk mendapatkan kepastian.
Dia ada tiga telefon, dua telefon tak ada aplikasi tu. Yang satu lagi, saya tengok dekat ruangan aktivti terakhir tak ada pun pesanan makanan.
Tak makan

Bagaimanapun, Ayunie mengambil langkah selamat untuk tidak menjamah makanan tersebut kerana gusar ada unsur yang tidak baik.
Saya bayar tapi makanan tu saya suruh rider bagi dekat pengawal keselamatan, takut nak ambil.
Tak naklah, takut yang bukan-bukan orang hantar.
Sumber: TikTok Ayunie
The post [VIDEO] Ayunie Alami Kejadian Aneh, Makanan Sampai Ke Rumah Tanpa Dipesan – ‘Takut Orang Hantar Yang Bukan-Bukan’ first appeared on OHBULAN!.





