
Pelakon Atikah Suhaime menjelaskan caranya menjalani pantang selepas bersalin anak pertama, Lyla Mulan Teh.
‘Gembira selalu jangan stres’

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime itu berkata kemungkinan caranya berpantang berbeza dengan yang lain namun perbezaan harus diraikan.
Katanya, dia akan mempraktikkan pantang moden selepas 28 hari berpantang secara tradisional.
Saya berpantang ada dua cara, yang pertama saya akan berpantang secara tradisional sebab saya tidak berani nak main aktiviti lasak. Fasa yang kedua pula saya akan buat pantang secara moden.
Ramai tanya kenapa saya tidak ikat rambut, saya dah ikat rambut sepanjang hari jadi pada waktu malam saya nak nampak cantik untuk suami.
Sementara itu, pelakon kelahiran Singapura itu juga menyatakan dia juga tidak mengikat rambut dengan ketat seperti zaman dahulu.
Ada orang cakap, kalau tidak ikat rambut ketat-ketat nanti muka kendur. Itu tidak betul.
Kamu semua boleh tengok ibu saya, masih nampak muda dan dia juga tidak amalkan ikat rambut ketat-ketat.
Pantang ikut badan

Mengulas lanjut, Atikah berkata berpantang perlu mengikut keselesaan dan penerimaan badang masing-masing.
Saya sangat okay dengan sayur bayam. Tiada rasa angin dan ia membantu saya menghasilkan lebih banyak darah supaya lebih banyak susu badan.
Saya nampak gemuk sebab rahim belum lagi kecut. Jadi saya sekarang bertungku dan sedang berehat dengan banyak.
Harap semua dapat berikan sokongan dan jangan bertanyakan soalan yang macam-macam.





