32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Apakah Hukum Zakat Fitrah Dibayar Secara Online? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus

    Shopee Sale



    Zakat fitrah adalah diwajibkan kepada setiap menganut agama Islam yang berkemampuan dan apabila tiba bulan Ramadan, umat Islam akan mula melaksanakan pembayarannya.

    Berkaitan: [VIDEO] Apakah Hukum Berpuasa Separuh Hari Bagi Kanak-Kanak? Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan

    Penjelasan Ustaz Azhar

    " data-video-id="7351597728574573831" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @imanmutiaraa

    Apakah HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH Melalui ONLINE? #zakatfitrah #ustazazharidrus

    ? bunyi asal – Ibuku Syurgaku – Iman Mutiaraa

    Menerusi perkongsian di TikTok, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang hukum membayar zakat fitrah secara atas talian.

    Menurut Ustaz Azhar, tiada masalah untuk melakukan pembayaran secara atas talian berikutan zakat fitrah tidak memerlukan lafaz akad, cukup sekadar niat sahaja.

    Yang sebetulnya zakat fitrah tidak wajib lafaz tetapi yang wajib adalah niat. Zakat fitrah niat di dalam hati sahaja syaratnya, tetapi jika ada lafaz secara lisan ianya harus.

    Bersalaman pun tak wajib, cuma jika amil zakat (individu yang bertauliah untuk memungut zakat) menghulurkan tangan, kita perlu jabat kerana jika tidak ia boleh mengaibkannya. Bersalaman bukan syarat wajib bayar zakat, ini cuma atas dasar silaturahim sahaja.

    Sah niat

    ustaz azhar

    Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 62 tahun itu turut berkongsi masa yang afdal untuk berniat membayar zakat.

    Kata ulamak apabila kita asingkan sebahagian duit untuk membayar zakat, kemudian dalam hati pula berniat, ‘inilah zakat fitrah yang wajib ke atas diriku dan orang-orang di bawah tanggungan ku’, maka itu pun sudah sah niat tersebut.

    Paling afdal adalah ketika kita hendak membayar zakat, pegang duit tersebut dan berikan kepada amil zakat.

    MENARIK:  [VIDEO] Bos Mydin Beri Bantuan Kepada Sathiya, Netizen Harap Dapat Belikan Rumah Teres – ‘Mudah Nak Gerak Terutama Ke Hospital’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah