27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Apa Yang Saya Buat, Yakin Betul & Bersebab’ – Fattah Amin

    Shopee Sale

    Pelakon, Fattah Amin menegaskan dengan penuh keyakinan bahawa tindakannya adalah tepat dan berlandaskan alasan yang kukuh.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Dimaklumkan Fazura Telah Melanggar Perintah Mahkamah Sebanyak Enam Kali’ – Peguam Fattah Amin Bakal Fail Semula Permohonan Hak Lawatan Fatima

    Artikel Berkaitan: Permohonan Fattah Ditolak Mahkamah, Fazura Tidak Langgar Hak Lawatan Fatima

    ‘Saya buat perkara betul’

    View on Threads

    Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Fattah berkata dia tidak akan melakukan perkara itu sekiranya tidak benar.

    Jelasnya, segala tuduhan yang tersebar mengenai dirinya tidak benar dan menyerahkan segala urusan kepada Allah.

    Dalam masa sama, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin turut berharap orang ramai lebih berhati-hati sebelum menuding jari dan menilai sesuatu tanpa mengetahui fakta sebenar.

    Kalau bukan keluar daripada mulut saya maksudnya itu adalah daripada mulut orang lain dan kalau perkara tak betul, menjawab nanti di akhirat.

    Zaman sekarang ini memang mudah untuk fitnah. Kalian boleh cakap apa saja, tapi Allah maha melihat. Apa yang saya buat, saya yakin ia adalah perkara yang betul.

    Kalau saya tidak buat dan orang yang buat fitnah itu antara dia dengan Allah. Saya buat perkara itu bersebab.

    Sebelum ini, Fattah dipercayai bakal memfailkan semula permohonan untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas isteri, Nur Fazura.

    MENARIK:  Nia Ramadhani Anggap Pengalaman Dipenjara Akibat Salah Guna Dadah Sebagai Hikmah Terbesar – ‘Tak Perlu Malu, Tiada Manusia Sempurna’

    Menurut peguam mewakili Fattah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, permohonan semula itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Syariah Selangor menolak permohonan Fattah berhubung hak lawatan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya pada 31 Mac lalu.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] ‘Apa Yang Saya Buat, Yakin Betul & Bersebab’ – Fattah Amin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah