31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syarul Ezani Tangguh Kahwin Tahun Ini, Belanja Mahal

    Shopee Sale

    Pelakon, Syarul Ezani terpaksa menangguh perancangan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini bersama wanita pilihannya yang sudah dikenali sejak dua tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syarul Ezani Dedah Tak Pernah Berkahwin, Lebih Memilih Tidak Berkongsi Kisah Peribadi – ‘Itu Adalah Falsafah Hidup Saya’

    Tangguh kahwin

    Syarul atau nama lengkapnya Ezani Mohamed Ezzudeen, 36, berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perancangan itu terpaksa ditunda, termasuk komitmen kerjaya dan kos perbelanjaan majlis perkahwinan yang menelan belanja besar.

    Perancangan untuk berkahwin tetap ada, cuma tidak akan berlangsung pada tahun ini. Kena anjakkan sedikit, selain saya juga sedang sibuk dengan penggambaran.

    Banyak perkara yang perlu ditimbang tara, termasuk kos untuk adakan majlis perkahwinan. Kita semua sedia maklum, untuk buat majlis perlukan belanja yang banyak. Semuanya melibatkan kos.

    Syarul berkata demikian ketika ditemui di sesi ‘photoshoot’ drama Hospital Loveline di Balai Berita Bangsar, pada Khamis.

    Menurut Syarul, karier dan hubungan cinta adalah dua perkara penting yang perlu diseimbangkan, namun kerjaya sebagai sumber rezeki harus diberi keutamaan.

    Karier dan hubungan cinta sama-sama penting. Kalau kerjaya tidak penting macam mana nak teruskan kehidupan kerana itu adalah sumber rezeki.

    Berkongsi lanjut, Syarul turut memberitahu kekasihnya memahami dan menyokong keputusan untuk menangguhkan perkahwinan.

    Dia (kekasih) okay sahaja, dia pun faham. Kami berbincang dan sama-sama bersetuju untuk tangguh dahulu majlis.

    Kalau keluarga, sudah pasti mereka mahukan segera. Namun peracangan rapi perlu dibuat dengan sebaiknya.

    Jika tanya saya, keinginan mahu kahwin memang ada sebab seronok lihat ramai kawan yang dah kahwin dan terima sokongan daripada isteri.

    Dalam perkembangan lain, Syarul bakal membintangi drama Hospital Loveline yang bakal disiarkan di TV3 pada 4 September depan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kenapa Father’s Day Untuk Mama?, Sebab Cik B Tiada Ayah’

    Selain Syarul, drama 13 episdo ini turut dibintangi Scha Elinnea, Sean Lee, Kismah Johar, Hanna Aqeela dan ramai lagi.

    The post Syarul Ezani Tangguh Kahwin Tahun Ini, Belanja Mahal first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah