29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Kongsi Syura Badron Dirawat Di Hospital, Mohon Doa Orang Ramai – ‘Sayang Kuat, Saya Tahu’

    Shopee Sale

    Penyanyi Syura Badron, kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Ketergantungan Tinggi (HDU) di sebuah pusat perubatan.

    Artikel Berkaitan: ‘Tuduhan Menunggang Agama Ni Melampau Ya!’ – Syura Beri ‘Warning’

    Artikel Berkaitan: Syura Takut Nak Memasak, Terkenang Insiden Tong Gas Meletup – ‘Tipu Lah Kalau Tak Fobia’

    Mohon doa

    View this post on Instagram

    A post shared by Farizat Ismail (@mr.farizat)

    Perkara tersebut dikongsikan oleh suami penyanyi itu iaitu Muhammad Farizat Ismail menerusi akaun Instagram miliknya.

    Dalam masa yang sama, Farizat turut berkongsi foto dia memegang erat tangan isterinya yang terbaring di atas katil hospital.

    Bimbang dengan keadaan isteri tercinta, Farizat memohon doa orang ramai agar Syura diberikan kesembuhan dari sebarang penyakit.

    Sekarang Syura masih di HDU (High Dependency Unit). Mungkin doa kalian diangkat. Mohon doakan Syura sembuh dari segala penyakit.

    Sayang kuat, saya tahu. Cepat sembuh okay!

    Perkembangan Syura

    Dalam hantaran terbaharu, Farizat memaklumkan perkembangan terkini pelantun lagu Nazam Berkasih itu.

    Sabar ya sayang. Lega saya dapat telefon awal pagi ini dengar suara sayang yang ceria.

    Alhamdulillah, awal pagi ini bacaan bp (blood pressure) dah nampak normal sedikit. Tapi masih di HDU dan perlu dipantau doktor one to one (close monitor).

    Walau bagaimanapun, Farizat tidak berkongsi kepada umum tentang masalah kesihatan Syura yang menjadi punca dia dirawat di hospital.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Niezam Zaidi Santuni & Cium Tangan Pelajar Tahfiz – ‘Dia Tahu Adab’

    Sumber: IG Farizat

    The post Suami Kongsi Syura Badron Dirawat Di Hospital, Mohon Doa Orang Ramai – ‘Sayang Kuat, Saya Tahu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah