Anak sulung kepada pasangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida iaitu Ammar Ahyan menyatakan hasratnya untuk menceburi bidang lakonan khususnya dalam filem bergenre gangster.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Ammar Tak Trauma, Cukup Makan, & Sihat Tubuh Badan’ – Shahida
Artikel Berkaitan: Shahida Bangga Ammar Ahyan Menyanyi Depan Orang Ramai – ‘Yang Penting Yakin, Suara Nombor Dua’
Nak cuba berlakon

Ketika ditemui , Ammar berkata dia memilih untuk berlakon dalam filem bergenre gangster kerana ingin menampilkan imej yang lebih macho.
Menurut Ammar, watak yang paling menarik perhatiannya adalah lakonan mantap Sharnaaz Ahmad yang dianggap sebagai inspirasi dalam dunia lakonan.
Kalau ditawarkan untuk berlakon, saya nak berlakon dalam filem gangster saja, saya tidak mahu filem komedi.
Saya nak berlakon filem gangster saja sebab nampak macho.
Kalau cakap pasa idola, saya nak jadi seperti watak Ghaz yang dilakonkan Sharnaaz Ahmad dalam filem Blood Brothers.
Ammar berkata demikian sejurus usai majlis Hi-Tea bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) yang berlangsung di Shah Alam pada Rabu.
Kena yakin diri

Sementara itu, Ammar mengakui bahawa dirinya tidak memiliki bakat dalam pelbagai bidang namun bapanya sentiasa berusaha untuk mencungkil potensi yang ada dalam dirinya.
Yang peliknya, saya tidak tahu bercakap tetapi orang suruh saya jadi pengacara. Saya tidak tahu menyanyi tetapi orang suruh saya jadi penyanyi.
Saya tidak pandai memasak tetapi orang suruh saya jadi cef. Perkara yang saya tidak mahir tetapi orang suruh saya jadi.
Kata Ammar, walaupun kadangkala dipaksa melakukan perkara yang kurang diminati namun dia percaya dapat membantu meningkatkan keyakinan diri.
Saya tidak rasa tertekan pun kalau disuruh sebab saya rasa boleh belajar benda baru kecuali bila orang minta saya menyanyi.
Saya memang tidak suka menyanyi tapi kalau nampak saya menyanyi itu adalah arahan bapa saya.
The post [VIDEO] Ammar Ahyan Idam Watak Gangster, Sharnaaz Ahmad Jadi Idola – ‘Sebab Nampak Macho’ first appeared on OHBULAN!.





