34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Amira Othman Sedia Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Kepada Fatima – ‘Saya Perlu Terima’

    Shopee Sale

    Penyanyi Amira Othman bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu tiri kepada Nur Fatima Aisya yang merupakan anak kepada suaminya yang juga aktor, Fattah Amin.

    Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Amira Othman Sah Bergelar Isteri Fattah Amin

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pasangan ‘Rakan Serumah’ Syukur Majlis Nikah Dipermudah, Fattah Amin Panggil Amira Othman ‘Isteri Syurga’

    Suka kanak-kanak

    Ketika ditemui , Amira, 32, tidak merasakan sebagai bebanan kerana dia menerima status Fattah sejak awal perkenalan mereka.

    Malah, pemilik nama Nadia Amira Othman juga sangat menyayangi dan suka melayani anak kecil.

    Pada saya siapa pun yang saya pilih, tak kira status atau keadaan seseorang itu saya perlu terima.

    Begitu juga dengan Fattah yang memilih saya dalam apa keadaan sekalipun.

    Walaupun mungkin saya tidak punya anak, tapi ada benda-benda lain yang saya harus terima.

    Bagi saya tidak ada masalah sebab itu lumrah. Saya pun bukannya tak biasa dengan kanak-kanak dan harapnya semua baik-baik saja.

    Fasa baharu

    Dalam pada itu, pelantun lagu Bila Nak Kahwin? turut berharap dia dapat menjadi isteri yang baik kepada Fattah.

    Ia satu fasa baharu yang saya percaya dilalui oleh semua orang. Kalau tanya bersedia atau tidak, saya sendiri pun tiada jawapan itu.

    Tapi apa yang pasti setiap fasa baharu itu harus dilalui dengan baik. Mudah-mudahan dapat jadi isteri yang baik.

    Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada malam Ahad.

    MENARIK:  ‘Sampai Satu Hari, Allah Buat Dia Rasa Hilang & Dalam Kehilangan Itu, Jumpa Diri Dia Semula’ – Syasya Rizal

    Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

    Saksikan Setulus Takdir: Fattah Amira setiap Jumaat jam 9 malam melalui aplikasi Unifi TV 2.0,
    saluran Inspirasi.

    Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv.

    The post [VIDEO] Amira Othman Sedia Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Kepada Fatima – ‘Saya Perlu Terima’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah