28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Amira Othman Sabar Hadapi Komen Melampau, Peringat Diam Bukan Tanda Boleh Dibuli

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon Amira Othman mendedahkan pernah menerima kata-kata kesat yang menyerangnya semasa bersiaran langsung.

    Artikel Berkaitan: ‘Babak Itu Tiada Kena Mengena Dengan Saya Hamil’ – Amira Othman 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Amira Othman Akhiri Live Buat Warganet Terhibur – ‘Suami Saya Telefon, Tanya Dah Balik Ke Belum’

    Digelar ‘sundal’

    Ketika ditemui , Amira atau Nadia Amira Othman, 33, berkata, segala komen negatif tidak dihiraukan sebagai insiatifnya menjaga kesihatan mentalnya.

    Selain itu, Amira turut memaklumkan dia memilih untuk menyekat semua akaun palsu yang meninggalkan kata-kata kesat terhadapnya.

    Saya tidak mahu terlalu fokus kepada perkara negatif. Pada akhirnya, yang menyokong kita adalah mereka yang benar-benar menyukai kita. Yang tidak suka itu saya tidak mampu kawal.

    Ini bukan kali pertama mereka menyerang saya ketika membuat siaran langsung. Pelbagai kata kesat mereka cakap seperti ‘sundal’, ‘bodoh’ dan macam-macam lagi.

    Saya sendiri tidak sanggup menyebutnya, apatah lagi ketika bulan puasa. Saya tidak pernah memberi respons, tetapi jika terlihat komen seperti itu, saya akan terus menyekat akaun tersebut.

    Amira berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran muzik video Bincang Raya yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur pada Isnin.

    MENARIK:  [VIDEO] Ameera Khan Dipuji ‘Humble’, Bawa Jefri Nichol Makan Kedai Tepi Jalan – ‘From Enak Banget To Sedak Dooh’

    Mengulas lanjut, pelantun lagu Bila Nak Raya itu menegaskan bahawa isu buli siber tidak sewajarnya terjadi pada mana-mana individu mahupun seorang selebriti yang sering menjadi perhatian umum.

    Saya rasa isu buli siber ini sudah melampau. Tak semestinya saya diam, saya boleh dibuli. Walaupun seseorang itu menggunakan akaun palsu, ia tetap tidak wajar.

    Kita mungkin figura awam, tetapi kita juga manusia. Kalau mahu menegur tidak menjadi masalah, tetapi gunakanlah bahasa yang baik. Tambahan pula kita mempunyai undang-undang berkaitan buli siber.

    The post [VIDEO] Amira Othman Sabar Hadapi Komen Melampau, Peringat Diam Bukan Tanda Boleh Dibuli first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah