Pelakon Fattah Amin mendedahkan isterinya, Amira Othman membantu menyiapkan solekannya ketika menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026, pada Ahad malam.
Artikel Berkaitan: ‘Happy First Anniversary Sayang, Terima Kasih Untuk Segalanya ‘ – Fattah Amin
Amira make up Fattah

Ketika ditemui , pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 36, berkata dia berdepan kesukaran mendapatkan khidmat jurusolek pada saat akhir kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai komitmen dengan artis lain.
Untuk pengetahuan semua, hari ini sebenarnya saya tak dapat ‘lock make up artist’. Semua sibuk dan sudah ada artis masing-masing.
Jadi, ‘make up artist’ saya hari ini sebenarnya Amira Othman. Terima kasih. Lepas ini boleh hubungi dia kalau ada artis yang memerlukan khidmatnya.
Fattah berkata demikian ketika ditemui pada acara Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), pada Ahad malam.
Mengulas mengenai penjagaan penampilan, Fattah berpendapat selebriti perlu memastikan pakaian dan penampilan mereka bersesuaian dengan acara yang dihadiri.
Sebagai selebriti, kita sentiasa menjaga dari ‘head to toe’, kerana tahu bila kita keluar, ramai mata memandang. Jadi dari segi pakaian apa yang kita pilih, kena sentiasa nampak kemas dan sesuai dengan acara. Jangan tersalah dress code bila pergi mana-mana.
Saya memang sentiasa menjagalah penampilan saya. Dari rambut, muka dan sebagainya. Cuma kadang-kadang kalau bila shooting itu kita terikat dengan karakter.
Pada masa sama, Fattah menyarankan pelakon baharu mendapatkan khidmat pasukan glamor bagi memudahkan urusan menguruskan penampilan, terutama ketika menghadiri acara besar.
Menurutnya, bantuan jurugaya atau stylist membolehkan seseorang artis membuat persiapan dengan lebih teratur.
Nasihat kepada artis-artis yang baru, kita memang perlu untuk untuk melantik ‘glam team’. Sebab kamera di mana-mana, jadi kalau baju kita tak sesuai dengan acara, macam mana.
Jadi bila ada stylist ini senang, dia terus fikirkan dan kita terus siap. Mereka akan bagi saya pilihan. Jadi memudahkan kerja kita.
Dalam perkembangan lain, Fattah sekali lagi membawa pulang trofi Selebriti Maskulin Terhangat, sekali gus mempertahankan kemenangannya untuk tahun kedua berturut-turut.
The post [VIDEO] Amira Othman Jadi Jurusolek Fattah Amin Di AMT 2026, Ramai MUA Sibuk first appeared on OHBULAN!.





