30.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sweet Qismina Respon Dakwaan Wajah Seiras Dengan Cucu Tun Mahathir – ‘Saya Adore Dia Juga…’

    Shopee Sale

    Pelakon, Sweet Qismina tampil memberi respon terhadap komen netizen mendakwa wajahnya seiras dengan cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Masira Yasmin yang tular baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Bimbang Hilang Kepercayaan Orang Terhadap Lakonannya – ‘Bukan Takut Tiada Tawaran’

    Artikel Berkaitan: ‘Tahun 2025 Adalah Tahun Paling Manis Buat Saya’ – Sweet Qismina

    Iras muka

    View on Threads

    Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata, bukan mudah untuk dirinya bertemu dengan Masira memandangkan mereka masing-masing mempunyai komitmen tersendiri.

    Dalam hantaran sama, pelakon filem Babah itu turut meluahkan harapan untuk bertemu dengan wanita berkenaan kerana dia juga merupakan peminat Masira.

    Kalian cakap macam senang sahaja nak jumpa Masira Yasmin. Jauh panggang dari api kalau nak jumpa begitu sahaja.

    Doakan di masa hadapan saya dapat jumpa dia sebab saya pun memuja dia juga.

    Sebelum ini, Masira mencuri perhatian netizen apabila video memaparkan kecantikannya ketika menghadiri majlis perkahwinan pasangan pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada 10 Oktober lalu tular di media sosial.

    MENARIK:  [VIDEO] Ibu Anna Jobling Titip Ucapan Hari Lahir, Bangga Dengan Pencapaian Anak – ‘Dia Anugerah Daripada Allah’

    Susulan itu, ramai netizen berseloroh mendakwa Sweet mempunyai raut wajah yang seiras dengan Masira.

    Sumber: Threads

    The post Sweet Qismina Respon Dakwaan Wajah Seiras Dengan Cucu Tun Mahathir – ‘Saya Adore Dia Juga…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah