Seorang lelaki berusia 54 tahun maut selepas terlibat dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada rasa cemburu terhadap seorang wanita berstatus janda di Jawa Tengah, Indonesia, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Suami Dicekup Khalwat Dengan Janda 20-an, Rayu Dilepaskan Takut Isteri & Anak Tahu
Berebut janda

Kejadian berlaku di rumah teman wanita suspek, H, 49, yang terletak di Dusun Gecos, Desa Gentinggunung, Kecamatan Sukorejo, Kabupaten Kendal.
Mangsa yang dikenali sebagai T dilaporkan bergaduh dengan suspek, R, 50, yang merupakan teman lelaki H.
Ketua Polis Kendal, AKBP Ratna Quratul Ainy berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu dipercayai tercetus akibat rasa cemburu antara mangsa dan suspek terhadap wanita berkenaan.
Ketika kejadian, H sempat keluar dari rumah untuk meminta bantuan jiran. Namun, sebaik kembali, dia mendapati T sudah terbaring di dalam rumah.
Suspek kemudian meminta bantuan jiran untuk menghubungi isteri mangsa supaya datang menjemput suaminya.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, isteri mangsa mendapati T sudah tidak sedarkan diri sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami lebam pada bahagian kepala akibat hentaman objek tumpul yang menyebabkan pendarahan dalaman.
Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kendal bagi membantu siasatan, manakala beberapa saksi turut dipanggil untuk memberikan keterangan.
Sumber: Espos.id
The post Lelaki Status Suami Orang Maut Berebut Janda first appeared on OHBULAN!.





