Penyanyi Zaki Yamani menegaskan kemenangan dalam kategori Fresh Rising Star Terhangat Darlie di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 tidak akan membuatkan dia alpa, sebaliknya terus merendah diri dan memperbaiki mutu nyanyiannya.
Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Nafi Gaduh Dengan Osama – ‘Bulan Lepas Baru Jumpa, Makan Pizza’
Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Dedah Peminat Labur Ribuan Ringgit Untuk AMT 2026 – ‘Takut Sebab Mereka Keluarkan Duit’
Zaki Yamani sentiasa rendah diri

Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, mengakui masih belum mampu menandingi populariti bapanya yang juga penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, meskipun namanya semakin dikenali dalam industri muzik tempatan.
Bila saya menang award ni, saya tak ada rasa tinggi lagi. Saya masih lagi rasa rendah diri dan saya tak rasa akan melepasi populariti daripada Jamal Abdillah.
Saya boleh katakan ayah saya seorang tokoh juga. Dia antara orang yang terawal dulu dalam industri seni nyanyian ini.
Zaki berkata demikian ketika ditemui pada acara Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC), pada Ahad.
Zaki syukur menang di AMT

Bagaimanapun, Zaki berkata dia akan terus berusaha mengembangkan bakatnya dengan menghasilkan karya baharu serta terus komited dalam kerjaya seni.
Tapi apa yang saya boleh buat, saya boleh perbaiki diri, terus berkarya, bekerja, berdisiplin dan menghasilkan konten serta karya lagu.
Macam tahun lepas dan tahun ini, saya sudah semakin dikenali, bukan popular.
Mengulas lanjut mengenai kemenangannya di AMT, Zaki meluahkan rasa syukur dan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus bertahan dalam industri muzik.
Menurut Zaki, kemenangan itu juga menjadi penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya.
Anugerah ini adalah satu penghargaan sahaja. Tapi kalau nak diiktirafkan macam itu, tidak kot. Namun, anugerah ini menjadi semangat untuk kita teruskan dalam industri dan membanggakan peminat.
Dalam kesempatan itu, Zaki berterima kasih kepada ibunya, Fatimatuzahra Samat dan pengurusnya atas segala sokongan yang diberikan selama ini.
Malah ibunya banyak membantu mengumpulkan peminat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya seninya.
The post [VIDEO] Zaki Yamani Akui Tak Mampu Tandingi Populariti Jamal Abdillah, Sentiasa Merendah Diri – ‘Saya Akan Terus Berkarya’ first appeared on OHBULAN!.





