30.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bawa Siti Nurhaliza Naik Beca, Zarif Ghazzi Anggap Momen Indah – ‘Rezeki Sangat Bermakna’

    Shopee Sale

    Pelakon, Zarif Ghazzi tidak menyangka diberi peluang untuk terlibat dalam persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Kurik Kundi di Konsert Gema Bumantara yang berlangsung, Sabtu lalu.

    Artikel Berkaitan: Aafiyah & Afwa ‘Request’ Nak Menyanyi Di Konsert Tradisional Siti Nurhaliza, Netizen Sokong!

    Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Tak Akan Pakai Rantai Untuk Nampak ‘Style’ & ‘Fashionable’, Tahu Hukum Haram

    Pemandu beca

    Zarif, 22, berkata, dia terkejut apabila menerima tawaran berkenaan, apatah lagi apabila perlu membuat persiapan dalam tempoh yang cukup singkat.

    Menerusi segmen istimewa itu, Zarif diberi tanggungjawab mengendalikan beca yang dinaiki Siti.

    Sejujurnya, saya memang terkejut apabila menerima berita ini. Dalam masa yang sama, saya sangat terharu dan bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk menjadi sebahagian daripada persembahan yang cukup istimewa ini.

    Bayangkan, hari Rabu saya dihubungi oleh pengurus saya, hari Khamis semuanya disahkan, hari Jumaat sudah mula menjalani latihan dan hari Sabtu terus ke konsert. Semuanya berlaku dengan begitu pantas sampai saya sendiri macam tak percaya.

    Saya anggap ini satu rezeki dan pengalaman yang sangat bermakna. Bila orang memberikan kepercayaan kepada kita, sudah tentu kita mahu berikan yang terbaik.

    Saya harap penonton dapat menikmati segmen ini dan sama-sama terhibur dengan apa yang bakal dipersembahkan malam ini.

    Walaupun mempunyai masa yang terhad untuk membuat persiapan, Zarif bersedia memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan segmen berkenaan berjalan lancar.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Perkara Asas Mengajar Anak Bekerja Di Dapur Sangat Penting’ – Chef Wan

    Sementara itu, rata-rata penonton yang hadir dan wargamaya di media sosial memuji ketampanan Zarif pada malam tersebut yang mengenakan baju melayu lengkap berona keemasan.

    The post Bawa Siti Nurhaliza Naik Beca, Zarif Ghazzi Anggap Momen Indah – ‘Rezeki Sangat Bermakna’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah