Peguam dan pencipta kandungan, Aminahtul Mardiah mendedahkan pernah berdepan pelbagai kejadian tidak diingini selama menceburkan diri di dalam bidang perundangan.
Artikel Berkaitan: Aminahtul Marrdiah Tegur Individu Didakwa Cuba Keruhkan Kemelut Abby Abadi & Keluarga
Pengalaman sendiri

Ketika ditemui , Aminahtul mengimbas kembali kejadian yang masih segar dalam ingatannya semasa berkhidmat sebagai Majistret iaitu apabila rumahnya didapati dipecah masuk.
Lebih membimbangkan, kejadian itu didakwa mempunyai kaitan dengan seorang individu yang pernah dijatuhkan hukuman penjara olehnya sebelum ini.
Pernah diugut dan diikuti. Ada kejadian pecah masuk rumah, di mana tertuduh yang saya pernah hantar ke penjara, apabila dia bebas dia mencari saya.
Kena pecah rumah masa saya jadi Majistret tahun 2013. Saya masih ingat sebab benda tu menakutkan sebenarnya.
Balik rumah tiba-tiba tengok rumah pecah-pecah, tak ada benda kena curi pun.
Memang dia berniat nak datang situ sebab nak buat sesuatu dekat kita. Nasib baik saya tak ada dekat rumah masa tu.
Bukan itu sahaja, Aminah turut mendakwa dirinya telah disihir sehingga menjejaskan kesihatan malah turut memerlukan pembedahan.
Ada juga orang yang hantar benda tak baik. Masa saya bekerja di Johor, saya tak pasti sama ada santau atau apa tapi benda itu adalah sihir.
Sampai saya ada gelembung dekat kepala dan kena buat pembedahan keluarkan darah beku.
Kalau ikut ustaz dan ustazah memang ada yang ‘hantar’. Saya tak tahu apa tapi benda itu ikut saya sampai ke rumah.
Tambah Aminahtul, setiap kali berdepan insiden seperti itu, dia akan mendapatkan perlindungan pihak berkuasa, termasuk melakukan pemantauan di kediamannya.
Bagi kejadian yang dipercayai melibatkan perbuatan sihir pula, dia memilih untuk mendapatkan perubatan Islam.
Kadang kala memang ada yang tak puas hati dengan kita.
Yang pasal sihir pula terpaksalah berubat tak boleh nak buat apa. Cuma kental ataupun tidaklah.
Kalau macam ugutan tu kita memang minta perlindungan daripada polis. Masa saya jadi Majistret, polis akan datang lawat rumah kita dan buat laporan.
Mengakui pernah terlintas untuk meninggalkan kerjaya tersebut, Aminah bagaimanapun berkata, minat yang mendalam terhadap karier itu membuatkan dia memilih untuk terus bertahan.
Kalau tak tahan, mungkin dah berhenti kerja. Tapi kerana saya sayang kerja saya dan saya enjoy buat, jadi memang kena hadap je. Kena kuat semangat sikit.
Ada juga terfikir, tapi disebabkan minat yang mendalam.
Sedih, marah, kecewa sekejap tu berbalik kepada niat. Kita memang lakukan yang terbaik dan nak tolong orang, jadi hadap saja.
Calon OBPVO

Dalam perkembangan lain, Aminahtul juga merupakan salah seorang calon bagi kategori Content Creator Paling Viral di Paling Viral Online 2.0.
Selain Aminahtul, kategori Content Creator Paling Viral turut menampilkan Amin & Abid, Sam Lim & Parissa, Minyak Hitam Jalanan, Abewee, Madnor, Vokey, Space Dollah, Sir Badang, Mr Pov, Farah Deluna, Ceddy Ang, Nurnisa Omar, Crystal Dietitian dan Zack Kirana.
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
The post [VIDEO] Aminahtul Mardiah Dedah Rumah Pernah Dipecah Masuk & Disihir – ‘Sampai Kena Buat Pembedahan Di Kepala’ first appeared on OHBULAN!.





