28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    50 Wangian Kena Reject! Ini Sebab Do’zee Ambil Masa 1.5 Tahun Hasilkan Royal Blue 6 Dalam 1

    Shopee Sale

    Bukan mudah untuk menghasilkan detergen premium yang mampu memikat hati pengguna. Itulah yang dilalui Do’zee sebelum melancarkan Royal Blue 6 Dalam 1 secara rasmi dalam satu majlis yang berlangsung di Santara, Puncak Alam.

    Produk premium terbaharu itu dibangunkan selama kira-kira satu setengah tahun, termasuk proses penyelidikan, pembangunan dan penghasilan pembungkusan eksklusif yang diinspirasikan daripada keindahan padang pasir.

    Pelancaran tersebut telah dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada stokis dan pengamal media.

    50 sampel wangian ditolak demi haruman sempurna

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SR Asia Resources Sdn Bhd merangkap pemilik Do’zee, Dato’ Dr. Mohd Syukri Ibhrim, cabaran terbesar sepanjang menghasilkan Royal Blue adalah untuk mendapatkan identiti haruman yang benar-benar menepati citarasa jenama itu.

    Lebih 50 sampel wangian ditolak sebelum pasukan Do’zee akhirnya memilih dua haruman yang dirasakan mampu memberikan pengalaman premium kepada pengguna.

    6 manfaat dalam satu cucian

    Royal Blue tampil dengan enam kelebihan utama, termasuk prestasi cucian mendalam, kawalan bau kurang menyenangkan, perlindungan fabrik dan warna pakaian, ciri antibakteria yang mampu menghapuskan 99.9 peratus bakteria serta teknologi haruman yang mengekalkan kesegaran pakaian sehingga 30 hari.

    Produk ini turut menerima pensijilan Halal Malaysia daripada JAKIM, meneruskan komitmen Do’zee terhadap aspek kebersihan dan keyakinan pengguna.

    Sebelum ini, rangkaian detergen Ultra White keluaran Do’zee juga telah memperoleh pensijilan halal pada tahun 2018.

    View this post on Instagram

    A post shared by Do’zee Detergent Official (@dozeeofficialhq)

    Sasar nama Do’zee dikenali di seluruh dunia

    do'zee

    Ketika ditemui OhBulan, Dato’ Dr. Mohd Syukri berkata pelancaran Royal Blue merupakan sebahagian daripada langkah lebih besar untuk membawa jenama tempatan itu ke peringkat antarabangsa.

    MENARIK:  Nak Beli Rumah Pun Susah? Ini Realiti Yang Dihadapi Generasi Muda Hari Ini

    “Kami mahu membawa Do’zee ke peringkat antarabangsa dan menjadikannya antara jenama penjagaan rumah yang terkemuka di dunia.

    “Hasrat kami adalah untuk melihat Do’zee semakin dikenali dan dipercayai oleh pengguna, bukan sahaja di Malaysia, malah di pasaran global,” katanya.

    Dengan sasaran jualan 100,000 unit sebulan, Royal Blue dilihat sebagai satu lagi langkah penting dalam merealisasikan visi Do’zee untuk menjadi jenama kebanggaan Malaysia di persada dunia.

    Dilancar secara rasmi, bakal temui pengguna tidak lama lagi

    " data-video-id="7660366052425075975" style="max-width: 605px;min-width: 325px">
    @dozeedetergentofficial 💙 Hari yang dinanti akhirnya tiba. Dengan bangganya Do’zee memperkenalkan sabun terbaru “Royal Blue” satu pengalaman cucian yang lebih elegan, lebih premium dan lebih memikat🥰✨. Terima kasih kerana setia menantikan detik ini. Royal Blue kini rasmi dilancarkan! ✨ #fyp #foryou #sabun #new #xyzbca ♬ suara asli – 𝙎𝙔𝙉𝘿𝙄𝘾𝘼𝙏𝙀𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 – 𝕾𝖞𝖓𝖉𝖎𝖈𝖆𝖙𝖊𝖒𝖊𝖉𝖎𝖆

    Royal Blue telah dilancarkan secara rasmi dan dijangka memasuki pasaran dalam masa terdekat.

    Pengguna yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk premium terbaharu ini boleh mengikuti perkembangan terkini menerusi laman sesawang dan saluran rasmi Do’zee.

    The post 50 Wangian Kena Reject! Ini Sebab Do’zee Ambil Masa 1.5 Tahun Hasilkan Royal Blue 6 Dalam 1 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah