34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Amerul Affendi Anggap Lakonan Bukan Kerjaya

    Shopee Sale

    Pelakon, Amerul Affendi berpendapat bidang lakonan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bidang kerjaya bagi anak seni.

    Artikel Berkaitan: Amerul Affendi Tolak Tawaran Berlakon Pada Bulan Ramadan, Fokus Usaha Kebun – ‘Dah 10 Tahun Buat Kerja Kampung, Itu Kerja Hakiki Saya’

    MENARIK:  Tun Laila Selamat Bergelar Isteri, Terima Mas Kahwin RM13,800

    Sedih tengok keadaan sesetengah artis veteran

    " data-video-id="7509391838986407176" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @dramasangat

    Sediakan payung sebelum hujan ☔ Malam ini, siri podcast #DramaSanaSini x #BRU | Setiap Rabu | 9.00 malam di FB & Instagram Drama Sangat #DramaSanaSini #BRU #Tonton #ShukriYahaya #AmerulAffendi SitiHariesa #NikAmir

    ♬ original sound – dramasangat – dramasangat

    Menurut pemilik nama Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, dia mula terfikir selepas melihat keadaan segelintir pelakon veteran yang menyedihkan ketika di usia tua.

    Di Malaysia, lakonan ini bukanlah untuk seseorang itu mencari makan.

    Apa yang saya tengok, ramai pelakon veteran kita, di usia tua mereka sangat menyedihkan.

    Itu yang membuatkan saya rasa perkara (lakonan) ini tidak boleh dijadikan kerjaya.

    Amerul berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast bersama pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima yang diberi nama ‘Sana Drama Sini’.

    Dalam pada itu, Amerul yang terkenal menerusi filem ‘Polis Evo’ berpendapat, seorang pelakon perlu mempunyai ‘backup plan’ untuk masa depan yang lebih terjamin.

    Harus ada benda lain sebagai backup ataupun kita kena sedia untuk berpencen.

    Macam orang kerja kerajaan, bila bersara ada pencen kemudian balik ke kampung untuk teruskan kehidupan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan Amerul.

    Komen netizen

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Amerul Affendi Anggap Lakonan Bukan Kerjaya first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah