30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lima Pelajar SMK Ungku Aziz Terima Biasiswa MNRB, Bukti Pelajar Luar Bandar Boleh Berjaya 

    Shopee Sale

    Encik Ahmad Noor Azhari Abdul Manaf (tengah), En. Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua dari kiri), En. Ekmarrudy bin Othman (dua dari kanan), Dr. Mohd Anuar Abdullah (tiga dari kiri), Dr. Zakaria Othman (kiri) dan Encik Mohd Sueib Ismail (tiga dari kanan) bergambar bersama lima pelajar cemerlang SPM 2024 dari SMK Ungku Aziz semasa majlis penyampaian Biasiswa MNRB.

    Seramai lima pelajar cemerlang SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam telah dipilih menerima biasiswa penuh menerusi Program Lestari Cemerlang MNRB, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh MNRB Holdings Berhad (MNRB).

    Program yang telah bermula sejak 2011 ini memberi fokus kepada peningkatan prestasi akademik pelajar luar bandar, dan SMK Ungku Aziz merupakan sekolah angkat kelima di bawah pelaksanaannya.

    Majlis penutup program berlangsung pada 2 Julai dan disempurnakan dengan kehadiran beberapa tokoh penting termasuk Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re), Encik Ahmad Noor Azhari Abdul Manaf, Presiden & CEO Takaful Ikhlas Family Berhad, Encik Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, serta wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam dan pihak sekolah.

    Sokongan pendidikan yang berimpak tinggi

    Encik Ahmad Noor Azhari Abdul Manaf, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re) (tengah), En. Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad (dua dari kiri), En. Ekmarrudy bin Othman, Naib Presiden Kanan, Korporat dan Perancangan Strategik Kumpulan, MNRB Holdings Berhad, MNRB Holdings Berhad (dua dari kanan), Dr. Mohd Anuar Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (tiga dari kiri), Dr. Zakaria Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam (kiri), dan Encik Mohd Sueib Ismail, Pengetua SMK Ungku Aziz (tiga dari kanan) di Majlis Penutup Program Lestari Cemerlang MNRB hari ini.

    Lima pelajar yang menerima biasiswa merupakan calon SPM 2024 dari SMK Ungku Aziz. Mereka kini menyertai senarai 15 pelajar keseluruhan yang telah menerima manfaat biasiswa di bawah program ini.

    MENARIK:  Wanita Terkesan Dengan Watak Natasha Lakonan Janna Nick – ‘Sangat Dekat Dengan Diri Saya, Seorang Ibu Mempunyai Anak Autisme’

    Menariknya, lapan daripada mereka kini berkhidmat dalam kumpulan MNRB dan merupakan satu pencapaian membanggakan yang membuktikan potensi pelajar luar bandar jika diberi peluang sewajarnya.

    Menurut Encik Ahmad Noor Azhari, bantuan biasiswa ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban kewangan, malah sebagai galakan kepada pelajar untuk terus melanjutkan pelajaran.

    “Kami yakin dengan sedikit dorongan dan peluang, pelajar-pelajar ini mampu mencipta kejayaan yang besar pada masa hadapan,” katanya.

    Pelbagai inisiatif untuk persekitaran pembelajaran lebih holistik

    En. Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad (tiga dari kanan) merasmikan ‘IKHLAS e-Screening Room’ yang ditaja oleh Takaful IKHLAS, disaksikan oleh En. Ahmad Noor Azhari Abdul Manaf (dua dari kiri), En. Ekmarrudy bin Othman (kanan), Dr. Mohd Anuar Abdullah (tiga dari kiri), Dr. Zakaria Othman (dua dari kanan) dan En. Mohd Sueib Ismail (kiri).

    Selain biasiswa, program ini turut menyumbang pelbagai kemudahan dan program akademik seperti kelas tambahan, program motivasi dan skor SPM. MNRB juga telah menaja penubuhan ‘MNRB e-Learning Room’, sebuah bilik pembelajaran digital yang lengkap dengan smart TV dan papan pintar untuk kemudahan pelajar.

    Takaful IKHLAS pula turut menyumbang melalui pembinaan ‘IKHLAS e-Screening Room’, sebahagian daripada pusat sumber sekolah yang dinaik taraf. Bilik ini dilengkapi dengan sambungan internet dan kemudahan pembelajaran moden.

    Encik Ahmad Noor Azhari Abdul Manaf, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian Re) (dua dari kiri), menyempurnakan penyampaian sumbangan penambahbaikan Surau SMK Ungku Aziz kepada Encik Mohd Sueib Ismail.

    Sementara itu, Malaysian Re menyumbang menerusi inisiatif zakat wakalah bagi kerja-kerja penambahbaikan surau sekolah untuk memperkukuh lagi ekosistem pembelajaran yang seimbang antara akademik dan sahsiah.

    Pengetua SMK Ungku Aziz, Encik Mohd Sueib Ismail, menzahirkan penghargaan kepada pihak MNRB atas segala sumbangan.

    “Kesudian MNRB memilih sekolah kami sebagai sekolah angkat sangat kami hargai. Sumbangan ini bukan sahaja dalam bentuk kewangan, tetapi juga kepakaran dan sokongan moral. Ia memberi impak positif kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kejayaan,” ujarnya.

    Pelaburan demi masa depan anak bangsa

    Sejak diperkenalkan, lebih RM400,000 telah dilaburkan oleh MNRB dalam pelaksanaan Program Lestari Cemerlang yang melibatkan lima buah sekolah luar bandar. Inisiatif ini bukan sahaja memacu kecemerlangan akademik, malah menyediakan asas yang kukuh untuk pembangunan pelajar secara holistik.

    Diharapkan lebih banyak syarikat akan tampil memberi sokongan seperti MNRB dan anak-anak syarikatnya demi memastikan pelajar luar bandar tidak tercicir daripada arus pendidikan negara.

    The post Lima Pelajar SMK Ungku Aziz Terima Biasiswa MNRB, Bukti Pelajar Luar Bandar Boleh Berjaya  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah