28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Syukri Terharu Siti Nurhaliza Beli Beg – ‘Ini Satu Penghormatan Besar’

    Shopee Sale

    Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri terharu atas sokongan daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membeli beg jenama keluarannya.

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Enggan Dedah Harga Jam Cartier Qadejah – ‘Sejujurnya Tak Mampu Beli, Tapi Anak-Anak Adalah Kekuatan Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri, Shahida Kongsi Pengalaman Hampir Tidur Lokap & Diserbu SPRM – ‘Itu Momen Paling Menakutkan’

    Sukar percaya

    Menurut Aliff, dia pada mulanya tidak percaya ketika diberitahu oleh ‘viewers’ salah seorang pembelinya adalah Siti Nurhaliza.

    Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah antara orang yang saya tak percaya akan beli beg jenama saya.

    Jujur saya cakap, mungkin dia kesiankan saya dan anak-anak. Apa pun, saya tetap bersyukur. Lagipun, beliau memang kerap masuk ke sesi live saya.

    Saya tengah buat live dengan Ammar pada waktu pagi, tiba-tiba ramai komen kata Datuk Siti beli beg saya.

    Biasanya bila orang beli, akan ada paparan ‘done payment’ dan sebagainya, tapi saya tak nampak waktu itu.

    Aliff berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Selasa.

    MENARIK:  ‘Asal Filipina, Tapi Yang Angkat Bakat Saya Sebagai Artis Adalah Malaysia’ – Mark Adam

    Aliff terharu

    " data-video-id="7529711262159179015" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Ammar stay nonchalant eh 🤣 # #fyp #news #reaksi #ammarahyan #datoaliffsyukri #sitinurhaliza #beli #beg

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Tambah pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 39, dia turut menyifatkan sokongan daripada figura besar sebagai satu penghormatan besar buat dirinya sebagai usahawan yang menjual produk tempatan.

    Alhamdulillah, dia support beg saya. Sebab itu saya cakap, kalau orang macam dia pun boleh sokong saya, saya betul-betul rasa terharu.

    Bagi saya, ini satu penghormatan besar. Kita tahu beliau memang mampu beli beg berjenama mewah, tapi beliau pilih untuk sokong usahawan seperti saya. Memang saya sangat gembira.

    Sementara itu, Aliff menzahirkan hasrat untuk mencipta rekod Malaysia melalui The Malaysia Book of Records sebagai ‘Kutipan Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’ yang dijadual 3 Ogos depan jam 8 malam di platform TikTok, @papalarisofficial.

    Aliff berkongsi, dia akan memperkenalkan koleksi baharu koleksi beg tangan, ‘Samma Bag Denim Edition’ yang dipertaruhkan pada malam tersebut bagi mencapai hasrat mencipta rekod Malaysia.

    The post [VIDEO] Aliff Syukri Terharu Siti Nurhaliza Beli Beg – ‘Ini Satu Penghormatan Besar’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah