30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Aziz Serah Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya Pada Bella Astillah – ‘Dia Berhak Sebab Ibu Kandung’

    Shopee Sale



    alif cerai

    Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada bekas isteri iaitu aktres Bella Astillah.

    Bella berhak

    alif cerai

    Aliff atau nama lengkapnya Mohamad Aliff Aziz, 33, berkata, Bella berhak menerima hak penjagaan kerana dia adalah ibu kandung kepada dua cahaya mata mereka.

    Sebab dia (Bella) adalah ibu kandung kepada anak-anak kami tapi insya-Allah kami berbaik sahaja demi anak.

    Saya enggan mengulas perkara itu secara terperinci tetapi apa yang dibincangkan dalam mahkamah ini, itulah keputusannya

    Aliff berkata demikian sejurus selesai kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, pada Khamis.

    Sementara itu, pelantun lagu Sayang Sayang ini meluahkan rasa syukur segala proses perceraian berjalan dengan lancar.

    Saya bersyukur segala prosiding hari ini berjalan dengan lancar. Saya mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik untuk saya dan Bella.

    Dalam pada itu, ketika diajukan soalan mengenai perkembangan kerjaya seni, Aliff menjawab dia menyerahkan segalanya kepada Ilahi.

    Saya dalam fasa untuk berehat sebentar (kerjaya seni) terutama untuk mental. Hari ini merupakan hari yang ‘hectic’ bagi saya.

    Berkenaan rezeki, saya percaya segalanya ada di tangan Allah, saya kini lebih kepada muhasabah diri.

    Terdahulu, kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur, pada Khamis.

    MENARIK:  Ketiak Qistina Raisah Mendapat Sorotan Netizen – Nasihat Untuk Berhati-hati dalam Memuatnaik Gambar

    Imbas kembali, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.

    Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

    " data-video-id="7379862988997610770" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Beri masa untuk Aliff untuk pulih ??# #fyp #news #bellaastillah #cerai #aliffaziz

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah