30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak Cari Vacuum Mop Yang Betul-Betul Mudahkan Hidup? Ini Brand Yang Ramai Tengah Survey

    Shopee Sale

    Kalau dulu nak mop rumah kena asing vacuum, lepas tu sambung mop pula, sekarang ramai dah mula cari vacuum mop yang boleh settle dua kerja sekali jalan. 

    Lagi-lagi untuk yang duduk condo, rumah kecil atau jenis memang tak sempat nak spend masa lama untuk mengemas.

    Sekarang pun makin banyak brand keluar dengan fungsi canggih macam self-cleaning, wet & dry cleaning sampai boleh detect kotoran secara automatik. Tapi sebab terlalu banyak pilihan, ramai jadi blur nak pilih yang mana satu paling berbaloi.

    Ini antara 5 vacuum mop yang ramai tengah survey sekarang sebab dikatakan boleh mudahkan kerja harian dekat rumah.

    1. Corvan X8 – Vacuum, mop, steam & sterilise sekali jalan

    Kalau korang selalu nampak dekat TikTok atau content cleaning sekarang, memang nama Corvan X8 ni antara yang paling banyak muncul. Model ni datang dengan fungsi 4-dalam-1 iaitu vacuum, mop, steam dan sterilise dalam satu mesin.

    Antara yang buat ramai tertarik sebab dia ada self-cleaning station, jadi habuk akan masuk terus dalam dust bag automatik tanpa perlu kosongkan manual setiap kali guna.

    Selain tu, Corvan X8 juga ada 250AW suction power dan boleh digunakan sehingga 60 minit untuk satu charge

    2. Tineco Floor One S9 Artist Steam –  Pilihan premium untuk deep cleaning

    Brand Tineco memang dah lama terkenal dalam kategori vacuum mop premium. Antara sebab ramai suka model ni sebab dia boleh detect tahap kekotoran lantai dan adjust suction secara automatik.

    Steam function dia pula membantu untuk bersihkan kesan degil dekat lantai tanpa perlu guna banyak bahan pencuci.

    3. Roborock F25 ACE Pro – Ramai suka sebab self-cleaning

    Kalau korang jenis tak suka cuci roller lepas mop, model ni antara yang ramai usha sebab fungsi self-cleaning dia. Design dia pun dibuat untuk bantu bersihkan kawasan tepi dinding dan bawah sofa dengan lebih mudah.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Di Akhirat, Allah Tak Aibkan Dosa Orang Beriman’ – Ustaz Adnin

    Sesuai untuk rumah family atau rumah yang memang cepat bersepah setiap hari.

    4. Xiaomi Truclean W20 – Antara yang popular untuk bajet lebih mesra

    Kalau nak cari yang lebih affordable, ramai compare model Xiaomi ni sebab harga dia masih bawah kategori premium tapi dah ada fungsi wet & dry cleaning serta self-cleaning roller.

    Design dia pun ringan dan nampak sleek, jadi ramai apartment owner suka sebab senang simpan dan tak makan ruang.

    5. Russell Taylors i4 – Dual roller yang buat kerja lagi cepat

    Satu benda yang buat model ni lain sikit ialah dual roller system dia. Jadi proses mop dan cleaning terasa lebih cepat especially untuk ruang yang besar.

    Ramai yang survey model ni sebab nak cari vacuum mop yang practical untuk daily cleaning tanpa perlu spend terlalu mahal macam kategori flagship.

    Apa pun, paling penting kena tengok jenis rumah dan gaya hidup masing-masing. Ada orang nak yang ringan dan cepat guna, ada pula yang prefer model premium sebab nak cleaning lebih puas hati. 

    Tapi memang ramai dah mula rasa vacuum mop sekarang bukan lagi “extra gadget”, tapi memang benda yang memudahkan kerja harian dekat rumah.

    The post Nak Cari Vacuum Mop Yang Betul-Betul Mudahkan Hidup? Ini Brand Yang Ramai Tengah Survey first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah