Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengakui merindui dua anaknya iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna selepas dua tahun tidak bertemu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Rimas Mata Tengok Aliff Aziz Menyanyi, Netizen ‘Backup’ – ‘Majlis Kahwin Adik Dia, Janganlah Bitter Sangat’
Rindu pada anak

Ketika ditemui pemilik nama Mohammad Aliff Aziz, 34, itu memilih untuk tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai hak penjagaan dua cahaya matanya.
Ada beberapa benda yang saya rasa boleh jawab dan kongsi. Ada perkara yang saya rasa tak sesuai untuk dikongsikan atau bukan masa dan tempat yang sesuai.
Saya memilih untuk tidak menjawab supaya kita tak nak bila salah cakap nanti jadi perkara lain pula. Apa saja yang melibatkan hal peribadi, saya mahu “reserve”, hak saya untuk tidak ulas lanjut.
Saya tak nak cakap benda yang boleh jadi bahan cerita yang tak baik. Semestinya saya merindukan anak-anak, tapi sekadar itu sajalah.
Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka iQIYI yang berlangsung di Andaman Grand Ballroom pada Selasa.
Pesanan untuk anak

Semasa disoal tentang pesanan yang mahu diberikan kepada anak-anak, pelantun lagu Sayang Sayang itu berkata, dia mahu menyampaikannya sendiri apabila mereka bertemu nanti.
Dah lama juga (tak berjumpa). Tapi macam saya kata, apa pun berkenaan Ayden dan Ara ni, saya enggan ulas lanjut. Itu saya simpan apabila insya-Allah saya dapat jumpa dan bercakap sendiri depan Ayden dan Ara.
Biarkan ia menjadi pesanan seorang bapa kepada mereka. Saya faham semua orang ada hak untuk bertanya, tapi saya minta kefahaman daripada semua.
Bagaimanapun, aktor dari Singapura itu senang melihat perkembangan anak-anaknya dan tetap menjalankan tanggungjawab terhadap mereka.
Alhamdulillah. Saya rasa mereka berada di satu persekitaran yang insya-Allah baik untuk mereka membesar.
Saya tak pernah lupa doakan mereka. To see them happy, as a father I am happy. Ara dan Ayden pun dah besar, dah pandai menari, Masya-Allah.
Sebagai bapa, saya akan cuba perbaiki dan uruskan tanggungjawab sebaik mungkin insya-Allah. Kita bergerak ke depanlah.
Imbas kembali, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Bella Astillah pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella dikurniakan dua cahaya mata.
The post [VIDEO] Aliff Aziz Rindu Ayden & Ara – ‘Alhamdulillah, Saya Rasa Mereka Berada Di Persekitaran Yang Baik’ first appeared on OHBULAN!.





