Penyanyi Wani Kayrie membuat kejutan kepada penonton apabila mempersembahkan lagu Cak Cak Cekuk pada Majlis Apresiasi Semarak Merdeka di IDCC Ideal Convention Centre, Shah Alam baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Bangga ‘Cak Cak Cekuk’ Dipilih Untuk Persembahan Hari Merdeka – ‘Tengok Video Latihan Pun Saya Dah Meremang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wani Kayrie Gagal Kawal Emosi, Sebak Karya Dilabel Tidak Berkualiti – ‘Saya Tak Akan Dapat Puaskan Hati Semua Orang’
Semangat luar biasa

Lebih istimewa, kira-kira 3,000 pelajar yang terlibat sebagai ‘human graphic’ semasa sambutan Hari Kemerdekaan lalu turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Sejurus usai persembahan, Wani menzahirkan rasa bangga dan terharu kerana berpeluang bertemu semula dengan para pelajar yang pernah menjadi sebahagian daripada persembahan penuh makna itu.
Saya sangat tersentuh melihat semangat mereka. Walaupun muda, semangat cintakan negara mereka sangat luar biasa.
Hari ini saya datang bukan sebagai artis, tetapi sebagai kakak yang ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua peserta, guru pengiring, dan pihak penganjur terima kasih.
Sepanjang persembahan, para pelajar yang hadir turut sama menyanyikan lagu Cak Cak Cekuk bersama Wani.
Selain menyanyi, Wani turut beramah mesra dan bergambar bersama pelajar.
Anjur setiap tahun

Dalam masa yang sama, Wani turut berpendapat bahawa penganjuran majlis penghargaan yang julung kali diadakan ini sangat menarik dengan kehadiran permainan interaktif, reruai yang kreatif serta pemberian pelbagai cenderamata kepada anak-anak KPM.
Majlis ini bagi saya sangat bermakna untuk mereka yang terlibat.
Saya rasa, majlis yang meriah ini perlu diteruskan setiap tahun sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan bakat seni dalam kalangan pelajar sekolah.
The post Wani Kayrie Buat Kejutan Nyanyi Lagu ‘Cak Cak Cekuk’ Untuk Pelajar ‘Human Graphic’ first appeared on OHBULAN!.





