Penyanyi Ariff Bahran meluahkan rasa kesal apabila mendakwa ada individu yang menawarkan bayaran terlalu rendah untuk khidmat nyanyiannya.
Artikel Berkaitan: Anggap Industri Muzik Toksik & Berat Sebelah, Ariff Bahran Nafi Mahu Berhenti Menyanyi – ‘Bila Masa Pula Saya Cakap?’
Artikel Berkaitan: Ariff Bahran Dedah Punca Perlahan Karier Menyanyi – ‘Industri Ini Sangat Toksik & Bias’
Bayaran murah
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Ariff atau nama lengkap Muhammad Ariff Bahran Ahmad Zahari, 27, berkongsi kisah berurusan dengan individu yang tidak didedahkan identitinya.
Ujarnya, individu terbabit membuat permintaan untuk pelantun lagu ‘Kata Akhirmu’ menyanyikan dua buah lagu dengan bayaran serendah RM1,400.
Dua lagu untuk RM1,400.
Aku nak makan apa?
Ini yang membuatkan aku tak mahu menyanyi.
Raih untung lebih banyak dengan kerjaya kini

Dalam pada itu, Ariff akui meraih lebih banyak keuntungan dengan kerjayanya yang hanya duduk di pejabat.
Sementara itu, Ariff sempat menitipkan pesanan agar lebih ramai anak muda bergiat aktif dalam dunia perniagaan berbanding mengejar populariti.
Duduk dalam pejabat untuk satu hari akan membuat aku raih lebih banyak keuntungan daripada menyanyi.
Aku pernah dapat Alhamdulillah dalam RM25,000, masa tengah meletup dalam 8 ke 9 tahun lalu.
Untuk penyanyi-penyanyi baru yang nak menyanyi di luar sana, adakah anda pasti?
Habiskan masa muda anda dengan berniaga daripada kejar glamour.
Sumber: TikTok @ariffbahran
The post [VIDEO] ‘Aku Nak Makan Apa?’ – Ariff Bahran Dedah Ditawar RM1,400 Untuk Nyanyi Dua Lagu first appeared on OHBULAN!.





