Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendedahkan penyanyi Haiza merupakan artis kegemaran ayahandanya iaitu Almahrum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah.
Penyanyi kegemaran
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong ketika kunjungannya ke konti stesen radio Kool 101, pada Rabu.
Almarhum ayahanda saya punya favorite artis (Haiza).
Dalam sepotong video yang dikongsikan, Haiza atau nama lengkapnya Rohaizah binti Nordin, 44, dilihat tersenyum malu selepas mendengar perkara tersebut.
Terdahulu, Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Sri Pentas, ibu pejabat Kumpulan Media Prima Berhad pada Rabu.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mencemar duli membaca berita menerusi slot khas Buletin Diraja untuk siaran Buletin Utama yang disiarkan pada Rabu malam.