33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Afwa Je Berani Tutup Telinga Masa Siti Nurhaliza Nyanyi’

    Shopee Sale

    Gelagat anak kedua biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa, sekali lagi mencuri perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Tengah Syok Menyanyi, Afwa Selamba Tutup Muzik – ‘Ibu Bisinglah’

    MENARIK:  [VIDEO] Alif Satar Percaya Sissy Imann & Naz Rahman Mampu Kendali AJL39 – ‘Penonton Perlu Beri Mereka Peluang’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Tumpang Buat ‘Live’ Dalam Bilik, Afwa Mengantuk Nak Tidur Siang

    Gelagat Afwa cuit hati warganet

    " data-video-id="7542352948710345992" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @izza.aazief

    Risau Afwa kata bising & tutup suis 😂 #ctdk

    ♬ original sound – Izza Aazief – Izza Aazief

    Menerusi satu klip video yang tular di TikTok, Siti Nurhaliza dilihat mendendangkan lagu Menamakanmu Cinta sempena majlis pernikahan anak tirinya, Aazief Khalid bersama pasangan, Izza Athirah, pada Sabtu lalu.

    Namun, tumpuan tetamu tidak hanya terarah kepada persembahan memukau penyanyi nombor satu negara itu, sebaliknya gelagat comel Afwa yang berlari di sekitar dewan sambil menutup telinga turut mencuri perhatian.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aksi spontan si cilik tersebut, malah ada yang berseloroh mengatakan hanya Afwa sahaja yang berani menutup telinga ketika ibunya sedang menyanyi.

    Sebelum ini, Afwa juga pernah mencuri perhatian apabila videonya tular menunjukkan dia selamba menutup lagu nyanyian Siti dan mendekati ibunya dan berkata, ‘ibu bisinglah’.

    Komen warganet

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Afwa Je Berani Tutup Telinga Masa Siti Nurhaliza Nyanyi’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah