Penyanyi Adira Suhaimi memilih untuk tidak mendedahkan dengan lebih terperinci tentang hubungan percintaan bersama seorang lelaki.
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Sorok Wajah Lelaki Dalam Foto, Netizen Tanya – ‘Jodoh Lebaran Ke?’
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Lali ‘Dikenen’ Dengan Hafiz Suip – ‘Itulah Kehidupan Asam Garam Artis’
Lelaki misteri

Ketika ditemui , pemilik nama Siti Adira Suhaimi, 35, itu mengakui bahawa lelaki tersebut berada di tempat yang istimewa di hati, namun masih enggan untuk mendedahkan identitinya.
Boleh dikatakan istimewa, sebab saya pun jarang kongsi tentang mana-mana lelaki. Jadi saya minta doakan yang terbaik.
Setakat ini apa yang boleh saya kongsikan adalah apa yang saya kongsi di media sosial sahaja. Itu saja.
Saya kekal dengan cara itu dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua. InsyaAllah.
Semasa disoal tentang respon anak-anak terhadap lelaki tersebut, Adira memaklumkan mereka tiada masalah untuk menerima kehadirannya.
Alhamdulillah setakat ini anak-anak saya sangat selesa. Saya tak boleh kongsi lebih banyak kerana perlu menghormati keluarga.
Adira berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung di Petaling Jaya pada Jumaat.
Sementara itu, pelantun lagu Ombak Rindu ini menegaskan bahawa perkongsian mengenai lelaki tersebut bukan gimik yang sengaja dilakukan untuk menimbulkan spekulasi.
Saya tak buat gimik. Apa yang saya kongsi di media sosial adalah perkara yang saya suka, tiada paksaan.
Maknanya, apa yang ada di media sosial saya itu adalah apa yang saya suka dan bahagia.
Dalam perkembangan lain, Adira dan anak perempuannya Anggrek Adnan menyertai program TTMM musim kedua bersama sembilan lagi peserta lain, iaitu Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Datuk Fazley & Fariedz Fazley, Datuk Seri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Azad Jazmin & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.
Terdahulu, Adira memuat naik foto di Instagram yang memaparkan dirinya bersama seorang lelaki, sekaligus telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.
Untuk rekod, Adira pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Datuk Red pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 23 April 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.
The post [VIDEO] Adira Suhaimi Tak Mahu Heboh Soal Cinta Dengan Lelaki Istimewa – ‘Alhamdulillah Anak-Anak Sangat Selesa’ first appeared on OHBULAN!.





