29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eyra Hazali Tampil Beri Teguran Untuk Wanita Bertudung Sertai Trend 80-an – ‘Walaupun AI, Tetap Aurat’

    Shopee Sale

    Pelakon Eyra Hazali tampil menegur golongan wanita bertudung yang mengikuti trend foto berkonsepkan era 80-an menggunakan suntingan atau teknologi kecerdasan buatan (AI).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyra Hazali Dedah Suami Ajak Kahwin Lepas 2 Minggu Berkenalan – ‘Haziq Memang Date To Marry’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyra Hazali Tampil Perjelas Dakwaan Anak Bunian, Akui Keluarga Turut Jadi Mangsa Fitnah – ‘Jangan Buat Spekulasi’

    Gambar AI tak bertudung

    View on Threads

    Menerusi ciapan di Threads, Eyra mengingatkan bahawa gambar yang dihasilkan melalui suntingan atau AI tetap perlu mengambil kira soal aurat lebih-lebih lagi apabila dikongsikan kepada umum.

    Untuk wanita yang ikuti trend 80s, saya cuma nak kongsi peringatan untuk kita yang bertudung.

    Walaupun gambar itu sekadar edit atau AI, aurat yang terpapar itu tetap dikira aurat kita.

    Tambah pelakon berusia 27 itu, perkongsian gambar di platform awam juga boleh membuka ruang untuk foto tersebut disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

    Tambah pula bila kita muat naik secara umum, risiko gambar itu kena screenshot atau disalah guna oleh orang lain sangat tinggi.

    Saya sayang anda semua, jadi jangan muat naik ya.

    Netizen setuju

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran Eyra, malah turut berterima kasih kerana tampil mewakili dengan memberi peringatan kepada wanita bertudung agar lebih peka soal menjaga aurat.

    MENARIK:  Shukri Yahaya Kongsi Ragam Pengarah, Pernah Disidai Lapan Jam Di Set Penggambaran

    Sumber: Threads @eyra.hazali

    The post Eyra Hazali Tampil Beri Teguran Untuk Wanita Bertudung Sertai Trend 80-an – ‘Walaupun AI, Tetap Aurat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah