
Penyanyi dan pelakon Adira Suhaimi menafikan dakwaan bakal rujuk kembali bersama bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red selepas Aidilfitri ini.
‘Tak ada berita gembira’

Ketika ditemui , pemilik nama Siti Adira Suhaimi, 34, menganggap bahawa kenyataan yang dikeluarkan Datuk Red sebelum ini yang memaklumkan mereka bakal kembali bergelar suami isteri hanyalah sekadar gurauan.
Datuk Red jenis suka bergurau dan main cakap saja. Contohnya kalau tengah ‘live’, ada orang bertanya sama ada sudah berkahwin balik, rujuk ke? Dia akan jawab ‘sudah’. Orang yang kenal dia tahu lah dia macam mana.
Pelantun lagu Pujaan Hati ini juga mengakui belum terfikir untuk berkahwin semula buat masa ini memandangkan dia selesa dengan kehidupannya sekarang. Bagaimanapun dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.
Apa yang boleh saya cakap, saya selesa hidup seperti ini. Saya tengah fokus nak besarkan anak-anak dan cari rezeki.
Masih belum lagi ke fasa seterusnya.
Alhamdulillah, ramai mendoakan, tapi belum ada berita gembira. Saya belum fikir untuk ada orang lain, tidak lagi sampai tahap itu. Bagi saya, kalau ada jodoh, adalah…Kalau tiada pun tak mengapa.
Adira berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music Entertainment, di Glam Hall Damansara pada Jumaat.
Lagu Syawal Rindu

Dalam perkembangan lain, Adira meluahkan rasa syukur dan terharu kerana berpeluang berkolaborasi bersama penyanyi, Black Hanifah menerusi single terbaharu mereka berjudul Syawal Rindu.
Bagi saya, bekerjasama dengan Black adalah satu peluang.
Pada awalnya saya risau kalau suara kami tak ‘blend’ tapi Alhamdulillah okay walaupun kami buat sesi rakaman tu berasingan.
Adira berharap agar lagu Syawal Rindu, yang mengisahkan tentang kerinduan dan kasih sayang terhadap keluarga serta insan tersayang ketika lebaran dapat diterima dan menyentuh hati para pendengar.
Lagu hasil ciptaan Rudy Nastia, Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Kelana serta lirik oleh Aiman Zaidi itu telah dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube, sejak 14 Mac lalu.





