Pelawak Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya, berkongsi berita gembira apabila rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani telah berjaya sekaligus mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Achey Kembali Jalani IVF, Bimbang Kecewakan Tiara – ‘Mama Ingat Lagi, Awak Sedih Sampai Tak Nak Makan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Hadiahkan Isteri Kereta Baharu Selepas 9 Tahun Pakai Myvi – ‘Janji Awak Selesa Uruskan Hal Seharian’
Bakal timang cahaya mata
Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Achey memuat naik sebuah video memaparkan mereka sedang berada sebuah pusat rawatan untuk mengetahui keputusan kehamilan.
Pasangan itu dilihat tidak mampu menahan air mata dan Achey juga melakukan sujud syukur selepas mengetahui keputusan tersebut.
15 tahun menanti, akhirnya Allah izinkan. Bukan sehari dua kami menunggu, bukan setahun dua kami berharap.
Tetapi selama 15 tahun, kami menyimpan impian yang sama.
Menurut Nor Hasanah atau mesra di sapa Anne, usaha yang mereka lakukan untuk mendapatkan zuriat bukan satu perkara yang mudah.
Namun, mereka percaya dan mengucapkan rasa syukur di atas kurniaan Allah SWT itu.
Ada doa yang tidak pernah putus walaupun berkali-kali diuji. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi kami percaya setiap yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya.
Sehinggalah Allah hadirkan satu berita yang selama ini kami impikan.
Alhamdulillah… kami bakal menimang cahaya mata
Akhirnya ada nyawa kecil yang sedang membesar dalam rahim ini. Hadiah terindah daripada Allah, yang tidak mampu kami ungkapkan dengan kata-kata.
Terima kasih Ya Allah, kerana tidak pernah mensia-siakan doa hambaMu.
Terdahulu, pasangan tersebut memaklumkan sedang menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) di sebuah pusat perubatan.
Untuk info, Anne dan Achey mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mereka mengambil seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Achey Sujud Syukur, Isteri Kini Disahkan Hamil – ’15 Tahun Menanti, Akhirnya Allah Izinkan’ first appeared on OHBULAN!.





