31.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ustazah Asma’ Harun Tegur Wanita Muslim Buat Trend Joget Sebelum Ambil Duit Raya, Minta Jaga Akhlak – ‘Jangan Normalisasikan’

    Shopee Sale



    Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, menegur tindakan segelintir wanita Muslim yang mengikuti trend menari di TikTok sebagai syarat menerima duit raya.

    ‘Jangan normalisasikan’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Ustazah Asma’ menasihatkan agar umat Islam, terutamanya golongan wanita, lebih berhati-hati dalam mengikuti budaya yang boleh mencemarkan nilai-nilai Islam.

    Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena joget, selepas itu rakam dan post, ramai wanita Islam tua muda buat sama.

    Ustazah Asma’ juga menekankan bahawa Syawal seharusnya menjadi bulan untuk meningkatkan akhlak dan menjaga batas sebagai seorang Muslim, bukannya mengikut budaya yang boleh membawa kepada kelalaian.

    Syawal ibarat mereka yang balik Haji, lepas sebulan Ramadhan sepatutnya kita lebih berakhlak. Jangan normalisasikan.

    Dia juga mengingatkan bahawa media sosial mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat, dan setiap kandungan yang dikongsi boleh memberi kesan sama ada positif atau negatif kepada individu lain, terutama generasi muda.

    MENARIK:  ‘Jojo Amal Selawat Sebanyak 10,000 Sehari, Semoga Pemergian Menjadi Asbab Hidayah Seluruh Alam’

    Teguran ini mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersetuju bahawa trend seperti ini tidak wajar dijadikan kebiasaan, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita Muslim.

    Mereka berharap agar masyarakat lebih peka dalam menjaga adab dan maruah, terutamanya di musim perayaan yang sepatutnya dipenuhi dengan keberkatan dan nilai kesederhanaan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah