31.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tomok Mohon Bantuan Orang Ramai Cari Syuk New Boyz – ‘Berbelas Tahun Tak Dapat Cakap Dengan Dia’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Tomok berharap dapat menjejaki semula bekas pemain bass kumpulan New Boyz iaitu Syuk, selepas dikatakan sudah berbelas tahun tidak berhubung.

    Artikel Berkaitan: Tomok Kongsi Video Hari Pertama Daftar Masuk Universiti, Pengajian ‘Master’ Kini Bermula

    Mencari Syuk

    Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 42, mengakui tidak mengetahui perkembangan terkini sahabat lamanya itu dan sedang cuba mendapatkan bantuan orang ramai untuk menghubunginya semula.

    Berbelas tahun rasanya saya tak dapat bercakap dengan dia. Kalau ada keluarga atau kawan-kawan yang ada cara untuk hubungi, boleh DM (mesej) saya. Saya mencari Syuk New Boyz.

    Tomok berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di platform Threads.

    MENARIK:  Sharnaaz Ahmad Terus Balik KL Petang Raya Pertama – ‘Tak Mahu Duduk Penang Lama, Banyak Kenangan Dengan Arwah Papa’

    Untuk rekod, New Boyz ditubuhkan pada 1997 dengan dianggotai lima anggota iaitu Tomok sebagai vokalis, Syuk (pemain bass), Along (gitaris utama), Jay (gitaris kedua) dan Mazlan (pemain dram).

    Selepas beberapa tahun beraksi bersama, kumpulan berkenaan melalui beberapa perubahan anggota apabila ada antara mereka memilih untuk meninggalkan kumpulan dan membawa haluan masing-masing.

    New Boyz antara kumpulan yang mencipta nama menerusi lagu popular seperti Sejarah Mungkin Berulang, Meraung dan Hiasan Di Laman Rindu serta banyak lagi.

    Sumber: Threads

    The post Tomok Mohon Bantuan Orang Ramai Cari Syuk New Boyz – ‘Berbelas Tahun Tak Dapat Cakap Dengan Dia’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah