26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Usahawan Kek Dakwa Artis Umur 30an Minta ‘Sponsor’ Majlis Hari Lahir – ‘Mohon Maaf..’

    Shopee Sale

    Gambar sekadar hiasan

    Usahawan kek tampil mendakwa seorang selebriti memintanya untuk menaja makanan sempena majlis hari lahir.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Dedah Ibu Yazmin Aziz Turut Hadir Raikan Hari Lahir – ‘Dia Beri Kebenaran Buat Kejutan Dalam Bilik Mereka’

    Artikel Berkaitan: ‘Kesian Kayden, Kenapa Semua Nak Dipertikaikan?’ – Madammu

    Minta sponsor

    Menerusi hantaran di Threads, usahawan tersebut berkongsi mesej yang diterima daripada selebriti tersebut.

    Berdasarkan mesej berkenaan, selebriti itu dilihat memohon usahawan tersebut untuk menaja kek atau manisan sempena hari lahirnya yang ke-38.

    Sebagai balasan selebriti itu akan membuat beberapa hantaran di media sosial miliknya.

    Bagaimanapun, usahawan tersebut terpaksa menolak kolaborasi itu dan dalam nada seloroh dia mengatakan hanya beberapa orang artis sahaja yang boleh ditaja.

    Ada artis minta sponsor.

    Mohon maaf, tarikh tersebut kami dah tersangat full order. 

    Saya memang hanya akan sponsor pada artis yang saya minat sahaja contohnya Britney Spears ke, Taylor Swift ke, Lee Min Ho atau Christiano Ronaldo.

    Atau pun Siti Nurhaliza, Haneesya Hani, Melisha Lin, Sandra Lim, Miss Grand Malaysia atau Miss Universe Malaysia.

    Yang lain tak payahlah minta sponsor. Saya kekwat sikit nak sponsor yang lain.

    Komen netizen 

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kurang senang terhadap selebriti tersebut berikutan didakwa masih mampu untuk menjalankan majlis tanpa sebarang penajaan daripada mana-mana pihak. 

    MENARIK:  Kim Jae Joong Bakal Gegar Singapura Menerusi J-Party Asia Fan Concert ‘Galaxy 1986’ Mac Depan

    Sumber: Threads Cakes By Nazlin

    The post Usahawan Kek Dakwa Artis Umur 30an Minta ‘Sponsor’ Majlis Hari Lahir – ‘Mohon Maaf..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah