29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Puan Norjuma, Ini Amaran Terakhir..Sekiranya Tidak Hadir, Waran Tangkap Akan Dikeluarkan’

    Shopee Sale



    Alasan yang diberikan bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed kerana tidak menghadirkan diri sewaktu prosiding sebutan kes berkaitan pertuduhan mencederakan individu dan melakukan khianat antara 2017 hingga 2023 tidak diterima pihak Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur.

    Tak cakna dengan tarikh

    Memetik laporan Harian Metro, pihak mahkamah juga memberikan amaran keras buat Norjuma selepas Majistret Noor Elynna Hanim Abd Halim dan Illi Marisqa Khalizan bertanyakan alasan kegagalan usahawan selebriti itu untuk hadir pada prosiding pada 27 Jun lalu.

    Difahamkan, Norjuma memberikan alasan bahawa dia tiada maklumat terperinci mengenai prosiding tersebut sekaligus menyebabkan kegagalan untuk hadir ke prosiding berkenaan.

    Mohon maaf puan, saya pergi kaunter Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan maklumat terperinci kerana saya tidak mengetahui kamar (mahkamah) berapa, di mana dan apa yang berlaku kerana peguam tidak hadir.

    Walau bagaimanapun, alasan yang diberikan Norjuma itu tidak diterima Majistret dan pihak mahkamah menaikkan wang jaminan kepada RM2,000 kerana tidak berpuas hati dengan penjelasannya.

    Anggap ini sebagai amaran. Wang jaminan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,500.

    Puan Norjuma, ini amaran terakhir perlu pastikan tarikh-tarikh selepas ini puan hadir, sekiranya tidak waran tangkap akan dikeluarkan atas puan bukan atas peguam.

    Dan kena pastikan tarikh dan mahkamah mana yang puan puan kena hadir.

    Waran tangkap dibatalkan, namun berdasarkan penjelasan diberikan dan tidak mencukupi saya naikkan wang jaminan daripada RM1,500 kepada RM2,000.

    Terdahulu, empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Norjuma Habib kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes.

    MENARIK:  [VIDEO] Nangis Lama Menunggu Untuk Bergambar Dengan Daisy Duck, Reaksi Fazura Pujuk Fatima Curi Perhatian – ‘Pandai Dia Didik Anak Supaya Bersabar

    Difahamkan, sebutan kes itu berkaitan dengan lima pertuduhan membabitkan Norjuma yang didakwa telah mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah