28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ungku Ismail Perjelas Sebab ‘Blur’ Muka Anak – ‘Saya Bertanggungjawab Untuk Melindunginya’

    Shopee Sale



    Pasangan pelakon Ungku Ismail dan Nad Zainal mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak berkongsi wajah cahaya mata mereka kepada umum.

    Penjelasan Ungku Ismail

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Nad Zainal Nadi Kesuma (@nad.zainal)

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, pasangan itu dilihat meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka, Ungku Indra Puteh Al Maajid yang kini berusia setahun.

    Tinjauan , mendapati Ungku Ismail dan Nad bertindak mengaburi wajah putera mereka pada setiap gambar yang dikongsikan.

    Aktor berusia 39 tahun itu kemudian menjelaskan bahawa tindakan mereka adalah untuk menghindari daripada perkara yang tidak baik berlaku kepada putera mereka.

    Rata-rata dah kenal dan tahu tentang ‘Sharrul Ain’, tetapi masih ada yang tertanya tanya kenapa block dan blur muka anak.

    Saya bertanggungjawab untuk melindunginya dengan cara yang lebih tepat berdasarkan ilmu dan syariah ketika dia masih bayi lagi.

    Jaga privasi

    Dalam masa yang sama, Ungku Ismail menegaskan dia mahu menjaga privasi keluarga dan kehidupan peribadi mereka bukanlah untuk dipertontonkan kepada umum.

    Kami kongsi seadanya, sekadarnya.

    Begitu juga dengan kehidupan kami yang sewajibnya peribadi bukan hiburan umum untuk disoal jawab.

    Benda yang sudah berlaku mungkin tersirat aib dalam penjelasan, maka sebaiknya jangan ditanya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan pelakon drama Syurgamu Ramadhan itu.

    MENARIK:  Isteri Ippo Hafiz Persoal Suami Mahu Berdamai, Dakwa Bermusuh Dengan Keluarga Mentua – ‘Fail Nusyuz Tapi Nak Proses Pendamai’

    Sekadar info, cahaya mata sulung pasangan pelakon itu dilahirkan pada 10 Oktober 2023.

    Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.

    Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.

    Nad dan bekas suaminya itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah