28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ridzokumura Dedah Arwah Akiko Tiada Kawan Sepanjang 16 Tahun Berkahwin – ‘Dia Curahkan Segalanya Kepada Saya & Anak’

    Shopee Sale



    Jumaat lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura.

    Curah sepenuh jiwa dan raga

    Terbaharu, Ridzuan atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib tampil berkongsi mengenai keperibadian arwah Akiko sepanjang 16 tahun mereka berumah tangga.

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ridzuan memaklumkan arwah Akiko tidak memiliki kawan sebaliknya memilih untuk mencurahkan segalanya kepada pempengaruh itu sebagai isteri.

    Selama 16 tahun saya berkahwin dengan Akiko, satu orang kawan pun dia tak ada yang dia ada cuma mak dia saja.

    Dia tinggalkan semua itu dan curahkan segalanya, ‘perhambakan’ diri dia kepada saya dan anak.

    Mengakui masih terkejut, Ridzuan bagaimanapun memaklumkan dia reda dengan pemergian isteri tercintanya itu.

    Tapi itulah, bila Allah nak ambil pasti Dia akan ambil.

    Kita terima saja dan reda.

    Bila korang tengok anak saya tak kuat, sebenarnya saya pun tak kuat.

    Tapi saya cuba juga untuk kuatkan diri.

    Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

    MENARIK:  Kecewa dengan Hasil Ujian Anak yang Mendapat Gred B, Ibu Dikecam oleh Netizen - Berikan Harganya kepada Usaha Anaknya

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah