Pempengaruh media sosial dan usahawan Mia Azahar, sekali lagi menjadi perhatian kerana sikapnya yang pemurah dan menyantuni peniaga kecil (PKS) tanpa mengharapkan balasan.
Artikel Berkaitan: Mia Azahar Perjelas Punca Panggil Pembantu Rumah ‘Kepam’, Dakwa Tak Jaga Kebersihan – ‘Lap Peluh Dekat Muka Lepastu Pegang Anak Aku’
Artikel Berkaitan: ‘Suruh Orang Yang Buat Kenyataan Itu Cari Saya’ – Kamal Adli Respon Isu Bayaran Job Reviu RM6,000
‘Dia beli, dia makan dan dia review’

Baru-baru ini, seorang peniaga pencuci mulut menggunakan nama akaun @the.dhia di Threads, meluahkan rasa terharu dan terkejut dengan impak luar biasa yang dibawa oleh Mia terhadap perniagaannya.
Mia Azahar ini memang sangat berbeza dengan influencer lain. Dia beli, dia makan dan dia review.
Menurut wanita ini, pada awalnya dia mengirimkan mochi kepada Mia secara kebetulan melalui seorang rakan bernama Shaf yang ingin melawat pempemgaruh itu di hospital.
Niat asalnya hanyalah untuk memberi buah tangan tanpa sebarang permintaan untuk dipromosikan (review).
Namun tindakan spontan Mia yang memakan mochi tersebut sambil membuat ulasan di Instagram Story telah mencetuskan fenomena luar biasa.
Aku tak ada suruh dia review pun mochi aku, cuma bungkuskan dia sebab kebetulan Shaf nak melawat dia je. Hanya sebab di-‘tag’, DM aku terus banjir orang nak order.
Peniaga itu mendedahkan bahawa dia tidak menang tangan melayan tempahan sejurus selepas hantaran Mia dimuat naik.
Susulan daripada itu, peniaga berkenaan mendoakan kesejahteraan buat Mia dan mana-mana pempengaruh yang ikhlas membantu peniaga kecil tanpa mengenakan bayaran yang tinggi atau bersyarat.
Korang influencer yang bantu peniaga kecil dari rumah-rumah ni, aku sumpah korang sentiasa dimurahkan rezeki sentiasa!
Sumber: Threads The Dhia
The post Ulas Makanan Tanpa Diminta, Peniaga Puji Sikap Ikhlas Mia Azahar – ‘Aku Tak Suruh Pun Dia Reviu, Semoga Murah Rezeki’ first appeared on OHBULAN!.





