32 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular ‘Kad Jemputan Pertunangan’ Bersama Aliff Aziz, Ruhainies Berang Ada Pihak Sebar Fitnah – ‘Saya Tak Akan Halalkan’

    Shopee Sale



    Pelakon Ruhainies meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir individu yang didakwa menyebarkan fitnah dengan mengaitkan namanya dan penyanyi, Aliff Aziz.

    ‘Saya tidak akan halalkan’

    Menerusi perkongsian di Instagram, Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memuat naik satu kad digital jemputan pertunangan yang tertulis namanya dan Aliff Aziz.

    Menjelaskan perkara itu, Ruhainies berkata dia tidak menghalalkan pihak terbabit menggunakan namanya tanpa izin untuk tujuan mempromosikan perniagaan atau meraih publisiti. Tambah pelakon berusia 31 tahun itu lagi, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya pihak terbabit tidak memadam hantaran tersebut.

    Dan saya tidak akan halalkan awak berbisness dengan cara menggunakan nama saya untuk tujuan viralkan bisnes awak. Saya tidak akan halalkan.

    Sementara itu, pelakon drama ‘Terjerat’ itu terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang didakwa telah menyebarkan berita ‘palsu’ tentang dirinya.

    Terlalu lama saya mendiamkan diri dan membiarkan orang mereka cerita fitnah macam-macam tentang saya. Terlalu banyak juga media dan bloggers yang tidak bertanggungjaab membuat artikel tanpa interview saya dan pembaca menganggap perkara yang dikeluarkan adalah benar.

    Ingin saya tegaskan disini, segala apa artikel yang dikeluarkan selama ini yang bukan interview dari mulut saya yang telah dikeluarkan adalah palsu.

    Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam beberapa minit selepas dimuat naik.

    MENARIK:  ‘Jangan Sesekali Cakap Dunia Kejam Pada Lelaki Miskin’ – Norreen Iman Imbau Zaman Duduk Flat Dengan Suami, Makan Sehari RM5

    Pengajaran buat semua

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah