Baru-baru ini seorang individu meminta kaum wanita untuk tidak menormalisasikan budaya keluar berbuka puasa atau meluangkan masa bersama keluarga pasangan jika belum berkahwin.
Pengalaman Aazief

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, individu itu turut berpendapat tindakan sebegitu kelihatan kurang manis bagi wanita Melayu.
Nampak tak cantik untuk kita sebagai perempuan melayu, menggeletas menggeletis keluar dengan family lelaki tanpa apa-apa ikatan yang sah.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid.
Aazief tampil berkongsi perspektif berbeza berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum mendirikan rumah tangga.
Tahun lepas Ramadan saya beritahu ibu saya nak kahwin dengan isteri saya sekarang.
Saya bawa dia jumpa keluarga beberapa kali untuk berbuka puasa. Menjelang penghujung Raya, kami pun merisik.
Aazief menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara yang tersendiri dalam mengendalikan fasa perkenalan.
Baginya, bulan Ramadan adalah waktu yang sangat sesuai untuk mengeratkan silaturrahim antara pasangan dan bakal keluarga mertua.
Masing-masing kita ikut cara sendiri. Ramadan adalah masa yang sesuai untuk rapatkan silaturrahim.
Yang tak normal adalah buat maksiat atau menyorok pasangan yang kita ada niat untuk berkahwin.
The post Individu Pesan Jangan Normalisasi Berbuka Dengan Keluarga Kekasih, Aazief Khalid Kongsi Pengalaman – ‘Ramadan Masa Sesuai Rapatkan Silaturahim’ first appeared on OHBULAN!.





