31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tuduhan Fitnah: Zaquan Adha Buat Laporan Polis Terhadap Rita Rudaini

    Shopee Sale



    Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha membuat laporan polis susulan kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan pelakon Rita Rudaini terhadapnya di Instagram.

    Serah kepada pihak polis

    Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Zaquan atau nama sebenarnya Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, dilihat sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

    Menurut Zaquan, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan lanjut terhadap Rita.

    Assalamualaikum, saya baru sahaja membuat laporan polis berkenaan dengan IG story yang dikeluarkan oleh Rita yang berunsurkan fitnah melibatkan saya dan keluarga. Jadi saya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

    Sebelum ini, Rita dilihat mengeluarkan kenyataan balas bagi pihak dirinya selepas Zaquan memberitahu dia enggan memberi sebarang komen berikutan kontroversi pasangan kembarnya, Aidil Zafuan.

    Ujar Rita, dia menyangkal dakwaan Zaquan berhubung tidak masuk campur hal rumah tangganya suatu masa dahulu. Ujar Rita, suami kepada Ayu Raudhah itu antara individu yang didakwa masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil semua baju Aidil.

    MENARIK:  Bersiaran: Nikmati Beli-belah Raya dan Dapatkan Pendapatan Sampingan di GM Klang!

    Bukan itu sahaja, Zaquan didakwa menghantar mesej kepada Aidil dan berkata, anak dalam kandungan Rita pada masa itu bukanlah anak mereka.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ADH4 (@zaqone_08)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah