Penyanyi rap, Kmy Kmo berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan bapanya yang sedang menerima rawatan di hospital.
Artikel Berkaitan: Kenapa Artis Malaysia Kini Semakin Berani Angkat Budaya Nusantara? Ini Jawapan Kmy Kmo & Luca Sickta
Artikel Berkaitan: Kmy Kmo & Luca Sickta Cerita Tentang Realiti Kehidupan & Godaan Dunia Dalam ‘Kertas Wangi’
Abah kuat

Menerusi perkongsian di Threads, Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim berkongsi tentang keprihatinan orang ramai terhadap bapanya.
Selain itu, Kmy Kmo juga turut berkongsi mengenai rutin harian keluarganya dalam menguruskan penjagaan insan tersayang.
Terlalu ramai orang datang ziarah abah siang tadi. Sampai habis waktu melawat. Bila siang berganti malam, aku dan adik aku pun berganti jadual dengan kakak-kakak dan adik perempuan aku. Memang setiap kali abah atau umi sakit, kita susun yang perempuan jaga siang, anak lelaki jaga malam.
Terima kasih juga kakak ku, Tokti hantar pesanan suara mendoakan abah untuk abah terus kuat dan teruskan berzikir. Walaupun abah sudah dua hari menggunakan tiub pernafasan, bernafas bergantung pada mesin, abah tetap nampak kuat semangat.
Dalam masa yang sama, pelantun lagu 7 Nasihat itu turut berkongsi amalan yang sering dilakukan oleh ahli keluarganya.
Rutin kita sebagai anak-anak dan adik-beradik memang beginilah, bila orang tersayang diuji dengan ujian yang hebat, rajinkan baca Yasin setiap hari di sisi beliau, sambung baca Manzil, baca sambil pegang tangan atau tapak kakinya.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk semua makhluk-Nya.
Terdahulu, bapa Kmy Kmo, Mohamed Azmaili Ismail, dilaporkan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) akibat serangan jantung dan komplikasi penyakit lain, selepas hampir 23 tahun menjalani rawatan dialisis.
Sumber: Threads
The post ‘Abah Bergantung Pada Mesin’ – Kmy Kmo Kongsi Keadaan Bapa, Adik-Beradik Bergilir Jaga Di Hospital first appeared on OHBULAN!.





