30 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PU Riz Jawab Dakwaan Tiket Wayang Sebagai ‘Refund’ Pembatalan ‘Meet & Greet’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas PU Riz tampil memberikan respon susulan isu pembatalan acara ‘Meet & Greet’ anjuran Nunha yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini di Rimbunan @ Forest City Golf Hotel, Johor.

    Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Melampau Menyebut Perihal Seseorang, Tak Perlu Kutuk & Malukan’ – PU Riz

    Artikel Berkaitan: PU Riz Gesa Umat Islam Terus Peduli Nasib Masjidil Aqsa

    Penjelasan PU Riz

    Menerusi sebuah kenyataan kepada pihak media, PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, tampil memberikan penjelasan selepas timbul dakwaan bayaran balik tiket adalah dalam bentuk tiket wayang.

    PU Riz memaklumkan bahawa pihaknya bersama syarikat Nunha menafikan dakwaan bahawa tiket wayang diganti sebagai bayaran semula.

    Pertama sekali, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa tiket wayang tidak diganti sebagai bayaran balik. Dakwaan sedemikian amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira fakta serta penjelasan daripada pihak kami.

    Selain itu, PU Riz berkata, pihak Nunha juga sedang menguruskan proses bayaran semula kepada pembeli dan tidak akan menghalang sebarang permohonan bayaran balik yang dilakukan.

    MENARIK:  Jojo Minta Maaf Gelar Lelaki Tak ‘Handsome’ Macam Katak – ‘Jangan Lurus Bendul Sangat’

    Dalam pada itu, PU Riz mengakui terdapat persetujuan untuk menukar akad pembelian kepada barangan, namun menegaskan bahawa perkara tersebut dilakukan atas persetujuan penuh daripada pihak pembeli.

    Prinsip kami jelas. Sebarang pertukaran akad kepada barangan mestilah mendapat persetujuan pembeli sepenuhnya. Jika pembeli tidak bersetuju, proses bayaran balik akan dilaksanakan. Kami mahu perkara ini diselesaikan dengan baik, telus dan adil kepada semua pihak.

    Terdahulu, difahamkan pihak Nunha membatalkan acara tersebut berikutan faktor kesihatan dan keselamatan dengan mengambil kira keadaan jerebu serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin meningkat.

    Bagaimanapun, timbul dakwaan daripada segelintir individu yang tidak berpuas hati apabila pihak penganjur didakwa hanya diberikan beberapa pilihan penebusan tiket iaitu dalam bentuk barangan seperti tiket wayang, pakaian dan kredit kedai.

    The post PU Riz Jawab Dakwaan Tiket Wayang Sebagai ‘Refund’ Pembatalan ‘Meet & Greet’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah