29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trauma Isu Nafkah, Abby Abadi Ingatkan Danish Hakim Tentang Tanggungjawab

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Abby Abadi mengakui dibayangi rasa bimbang dan trauma apabila isu nafkah kembali menghantui fikiran hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

    Artikel Berkaitan: ‘Dua Tahun Saya Biarkan Marissa Dania Berada Dalam Hubungan Yang Menyusahkan’ – Abby Abadi

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’

    Sampai bermimpi

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan itu mengingatkan anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim tentang kewajipan memberi nafkah berikutan dia sedang mengenali seorang wanita dari Singapura.

    Kelmarin ada termimpi pasal isu nafkah.

    Dipendekkan cerita, pagi-pagi jumpa Danish terus ingatkan dia yg sedang ‘berkawan’ dengan orang Singapura sekarang supaya berfikir panjang sikit kalau nak kahwin sebab kalau ada isu, nahas.

    Singapura kalau bercerai dan abaikan nafkah, silap langkah masuk penjara.

    Menurut anggota kumpulan Elite itu, dia berasa cemas apabila memikirkan tentang masa depan anak-anaknya yang kini sudah meningkat usia remaja dan dewasa.

    Saya anxiety teruk sangat ni. Jauh sangat fikirannya terbang.

    Saya fikirkan masa depan. Trauma.

    Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya turut memberikan pendapat tentang perkara itu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Keadaan Bapa Saya Makin Uzur’ – Amir Raja Lawak Harap Isu Tunggakan Bayaran Selesai Dengan Baik

    Sekadar info, Abby dan pelakon, Norman Hakim pernah berkahwin pada 2002. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak sebelum akhirnya bercerai pada 2008.

    Norman kemudian berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 manakala Abby bertemu jodoh dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

    Sumber: Threads

    The post Trauma Isu Nafkah, Abby Abadi Ingatkan Danish Hakim Tentang Tanggungjawab first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah