Sempena cuti panjang Hari Malaysia tahun ini, Tonton bawakan semula koleksi istimewa Filem Lejen Kita bagi menghargai era gemilang filem tempatan yang membentuk kenangan kita bersama.
Artikel Berkaitan: Ejen Ali The Movie 2 Kembali! Kolaborasi Muzik Ikonik Dari M. Nasir, Nidji & Hael Husaini Bangkitkan Semangat Penonton
Filem ikonik

Lebih menarik pelbagai genre akan dibawakan termasuk komedi pecah perut, kisah cinta yang menusuk hati, sehinggalah ke sci-fi dan seram urban yang pernah jadi sebutan satu negara.
Antara filem yang bakal ditayangkan termasuk karya legenda arahan Yasmin Ahmad iaitu Mukhsin dan Talentime, dua filem yang menyentuh jiwa dan menggambarkan keindahan nilai kemanusiaan.
Turut ditampilkan ialah KIL, lakonan mantap Redza Minhat dan Cristina Suzanne, serta XX Ray, filem sains fiksyen pertama Malaysia yang membuka jalan kepada genre baharu dalam industri tempatan.
Tidak ketinggalan, Rock Oo!, sebuah filem tribute penuh semangat buat para rockers tanah air.
Kepelbagaian genre turut diserikan dengan tayangan filem seram Susuk, lakonan Ida Nerina dan Diana Rafar, serta filem cinta popular seperti Cinta, Love Supermoon, dan Dunia Baru The Movie, yang pernah membuat ramai remaja teruja menantikan kehidupan di kolej.
Tidak dilupakan juga filem-filem ikonik yang mencuit hati seperti Anak Mami The Movie, Lagi-Lagi Senario, dan Nana Tanjung yang akan ditayangkan kembali bagi mengimbau detik-detik indah zaman kegemilangan layar perak Malaysia.
Setiap filem dalam senarai ini bukan sekadar hiburan, tapi cermin budaya, bahasa, lawak, cinta dan kenangan rakyat Malaysia.
Jadi sempena cuti panjang Hari Malaysia ini, inilah masa terbaik untuk throwback dan meraikan semangat Paling Malaysia dengan melayan semula Filem Lejen Kita di Tonton.
Dengan langganan serendah RM8 sahaja menggunakan kod promo TONTONLEJEN sah dari 12 hingga 30 September, anda boleh nikmati semula pelbagai filem lejen tempatan secara mudah di Tonton.
Jom layan semula ikonik yang dulu pernah buat kita gelak, menangis, terkejut, dan mungkin juga jatuh cinta untuk pertama kali, semuanya dalam satu koleksi eksklusif di Tonton.
The post Tonton Bawakan Kembali Koleksi ‘Filem Lejen Kita’ Sempena Cuti Panjang Hari Malaysia! first appeared on OHBULAN!.





