Dulu-dulu, bila tiba je hari sukan sekolah, acara tarik tali merupakan sukan yang paling ditunggu-tunggu. Walaupun, wisel belum ditiupkan, masing-masing sudah bersedia memasang kekuda, lock position, supaya tali dapat ditarik sekuatnya.
Waktu tu, kita ingat pasukan mana yang paling kuat, berpeluang besar untuk menang. Tapi bila dah besar, baru kita sedar permainan tersebut sebenarnya mengajar satu perkara penting, iaitu sesuatu yang besar lebih mudah dicapai apabila kita bergerak bersama.
Semangat inilah yang dibuktikan oleh empat wanita cekal dari Sabah iaitu Doris Ng Lee Chu (38), Noveny Viannie (26), Victoria Martin (51) dan Lisa Lawrence (29), atau lebih dikenali sebagai GeramBeat Ladies, apabila mereka menyarung jersi negara dan membawa semangat ‘tarik bersama’ ke pentas SEA Games 2025 di Thailand.
Bukan sekadar tarik tali, 4 wanita Sabah harumkan nama Malaysia
Di sebalik kesibukan menguruskan kerjaya, keluarga dan tanggungjawab seharian, empat wanita ini tetap mencari ruang untuk mengejar minat dalam sukan tarik tali. Dengan latihan yang berterusan, disiplin dan komitmen yang tinggi, usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang pingat emas bagi acara demonstrasi Tarik Tali Wanita 4×4 250kg untuk Malaysia.
Namun, perjalanan menuju kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka perlu mencari masa untuk berlatih, saling menguatkan semangat dan memastikan setiap ahli terus bertahan ketika berdepan tekanan tinggi semasa pertandingan.
Dalam sukan yang memerlukan semua orang menarik pada arah yang sama, kekuatan bukan hanya datang daripada tenaga fizikal. Ia juga lahir daripada kepercayaan dan sokongan sesama mereka.
Mereka tahu, seorang sahaja tidak akan mampu menarik tali hingga ke garisan kemenangan. Setiap ahli perlu terus bertahan, saling menyokong dan terus tarik bersama.
Dari tarik tali, sampailah ke kopi tarik
Korang perasan tak yang perkataan ‘tarik’ ni sebenarnya sangat sinonim dengan kehidupan kita rakyat Malaysia?
Selain sukan tarik tali, kopi tarik turut menjadi sebahagian daripada rutin harian kita, sama ada ketika bersarapan, berehat selepas seharian bekerja, atau semasa meluangkan masa bersama yang tersayang.
Jika dalam sukan tarik tali kekuatan datang daripada paduan tenaga ke arah yang sama, proses menghasilkan kopi tarik pula memerlukan kemahiran dan kesabaran untuk mendapatkan keseimbangan rasa yang sempurna. Walaupun dua perkara ini kelihatan berbeza, kedua-duanya didasari oleh asas yang sama iaitu usaha dan kebersamaan.

Sebab itu, semangat ‘tarik’ inilah yang diketengahkan menerusi kempen Kita Tarik Bersama oleh WONDA sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini.
Menerusi WONDA Kopi Tarik, momen ‘tarik’ bukan hanya tentang secawan minuman tetapi ia mengingatkan kita kepada detik-detik kecil ketika duduk semeja, berbual, berkongsi cerita dan menikmati masa bersama.
Sebab kadang-kadang, momen yang paling bermakna tidak semestinya datang daripada sesuatu yang besar. Ia boleh bermula dengan perkara sederhana, seperti secawan kopi dan masa yang diluangkan bersama orang di sekeliling.
Jom tarik bersama di Keretapi Sarong 2026
Jelas, kisah empat wanita Sabah tadi menunjukkan bahawa kejayaan boleh dicapai apabila sebuah pasukan bergerak bersama, kini giliran seluruh rakyat Malaysia pula untuk merasai semangat kebersamaan ini.
Pada 16 September 2026, WONDA akan membawa kempen Kita Tarik Bersama ke Keretapi Sarong 2026.
Bagi yang ingin turut serta, perjalanan akan bermula di Subang Jaya LRT Station, yang merupakan stesen khas WONDA.
Di sini, peserta boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan secara langsung, permainan interaktif, WONDA Kopi Tarik percuma serta barangan eksklusif.
Lebih menarik, perjalanan tren ke acara tersebut juga adalah percuma.
Nantikan pengumuman rasmi yang bakal dibuat khas pada Hari Malaysia itu sendiri.
Jadi, jom ajak keluarga, kawan-kawan untuk turut serta menikmati dan memeriahkan lagi suasana Hari Malaysia dan Tarik Bersama dengan WONDA di Keretapi Sarong 2026!
Ikuti akaun Instagram rasmi WONDA Coffee di @wondacoffee untuk perkembangan kempen #KitaTarikBersama dan maklumat lanjut mengenai aktiviti yang bakal berlangsung.
The post Dari Sabah Ke Pentas SEA Games, Kisah 4 Wanita Ini Buktikan Kuasa Tarik Bersama first appeared on OHBULAN!.





