Seorang pemandu lori berdepan empat pertuduhan membunuh susulan nahas membabitkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang mengorbankan empat nyawa pada 31 Ogos lalu.
Artikel Berkaitan: Abang Pemilik Secangkir Cafe Kongsi Keadaan Jenazah Tiga Beranak Kemalangan LPT1 – ‘Allah Pelihara Mereka, Muka Cantik & Jelas’
Artikel Berkaitan: Adik Mangsa Kongsi Momen Terakhir Sebelum Tragedi LPT1 – ‘Semalam Saya Beri Jam Ini Kepada Abang…’
Hukuman mati

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh iaitu Zulkarnain Md Noh, 52, didakwa atas kesemua pertuduhan berkenaan dalam prosiding yang dijalankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, hari ini.
Difahamkan, Zulkarnain didakwa menyebabkan kematian Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, Muhammad Armaan Nazeef Muhammad Nazatullah, 4, dan Seow Beng Wai, 55.
Lebih serius, pertuduhan terhadap Zulkarnain dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.
Sekiranya mahkamah tidak menjatuhkan hukuman mati, tertuduh turut boleh dikenakan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali jika disabitkan kesalahan.
Bagaimanapun, status tertuduh ketika ini masih sebagai orang yang didakwa dan kesalahan tersebut masih perlu dibuktikan di mahkamah.
Sumber: Harian Metro
The post Pemandu Lori Didakwa Bunuh 4 Mangsa Nahas LPT, Berdepan Hukuman Mati Atau Penjara 30 Hingga 40 Tahun Jika Bersalah first appeared on OHBULAN!.





